25.4 C
Sabah
Selasa, 21 Mac, 2023

Tun Juhar Dilantik Semula TYT, GRS Terpaksa Akur

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Tun Juhar Mahiruddin akan meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat.

Pelantikan itu sekaligus me­nyaksikan Juhar meme­gang jawatan berkenaan lebih 10 tahun sejak dilantik pada 1 Januari 2011.

inisabahbah.com telah dimaklumkan bahawa istiadat mengangkat sumpah akan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara pada hari ini.

Bercakap kepada inisabahbah.com, seorang sumber telah mendedahkan bahawa beberapa pihak dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berasa tidak senang hati, tetapi terpaksa akur dan mengunci mulut dengan lantikan semula Juhar.

Pada sebelum ini, GRS dan kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dikatakan mempunyai calon-calon TYT sendiri.

Beberapa nama yang diuar-uarkan termasuk bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka yang dilihat lebih mesra dan berpihak kepada Hajiji telah diketepikan.

Hubungan GRS Dengan Juhar

Tempoh lantikan Juhar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah sepatutnya berakhir selepas dua penggal (lapan tahun).

Bagaimanapun, beliau dilantik semula ke jawatan itu pada tahun 2018, selepas Kerajaan Warisan meminda Perlembagaan Sabah untuk memansuhkan had tempoh dua penggal berkenaan.

Langkah berkenaan telah dikecam oleh beberapa pihak, termasuk para pengikut dan ahli-ahli politik yang setia kepada Musa dan Hajiji.

Mereka mendakwa, pelantikan semula Juhar merupakan satu ganjaran politik bagi peranan dimainkan dalam membantu Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri pada tahun 2018.

Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah

Lalu, suatu kes saman terhadap Juhar telah dibawa oleh Musa ke mahkamah pada Mei 2018.

Pada tahun 2020, ahli-ahli politik yang memihak kepada Musa dan Hajiji sekali lagi mempersalahkan Juhar kerana membenarkan Shafie membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sekali lagi, ahli-ahli politik yang memihak kepada Musa dan Hajiji telah bertindak menyaman Juhar.

Musa, Hajiji dan ahli-ahli politik yang menyaman Juhar

Seorang sumber tertinggi GRS mengaku, hubungan Kerajaan Sabah dengan Juhar tidak seerat yang diharapkan.

Malah lantikan semula Juhar mungkin isyarat jelas bahawa pentadbiran Hajiji tidak akan bertahan lama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Tun Juhar Dilantik Semula TYT, GRS Terpaksa Akur

Tun Juhar Mahiruddin akan meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat. Pelantikan itu sekaligus me­nyaksikan Juhar meme­gang...

Masidi Akui, 6 Calon GRS Sebenarnya Ahli Bersatu

Sekeping surat dari Datuk Seri Masidi Manjun selaku Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu...

Pemimpin Parti Malaya Dilantik Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik seoramg pemimpin parti Malaya sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Menerusi pengumuman khas yang...

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hilang kuasa di Sabah. Kerajaan...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

More Articles Like This