25.4 C
Sabah
Selasa, 21 Mac, 2023

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Sarawak, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian di Sibu pada hari Rabu.

Sim Kui Hian, Timbalan PM Sarawak dan Timbalan Presiden GPS

“Tiada siapa yang akan dapat membentuk kerajaan baharu kerana keadaan kelihatan sangat huru-hara (di Semenanjung Malaysia).”

“Kita (Sarawak) mempunyai 31 kawasan Parlimen jadi sesiapa yang mahu membentuk kerajaan perlu beralih kepada Sarawak dan Sabah,” kata Dr. Kui Hian yang juga merupakan Timbalan Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dr Sim berkata, GPS yang diketuai oleh Tan Sri Abang Johari Openg perlu memenangi kesemua 31 kerusi di Sarawak untuk mempunyai suara yang lebih kuat bagi memperjuangkan satu pertiga perwakilan di Parlimen mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Di Sabah pula, menerusi suatu hantaran di Facebook pada hari Selasa, Datuk Junz Wong yang merupakan Naib Presiden Parti Warisan telah berkata, oleh kerana Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu meraih majoriti 112 kerusi Parlimen secara bersendiri di Semenanjung Malaysia, ketiga-tiga BN, PN dan PH akan beralih tumpuan kepada 57 kerusi Parlimen di Labuan, Sabah dan Sarawak untuk mencukupkan majoriti 112 kerusi yang diperlukan.

Junz Wong, Naib Presiden Warisan

Oleh itu, kata Junz, rakyat Sabah harus memilih Parti Warisan, agar sebuah blok Borneo dengan 57 kerusi Parlimen boleh dibentuk bersama GPS.

Jelasnya, keterdesakan BN, PN dan PH akan membuka peluang untuk rakyat Sabah menuntut hak-hak yang termaktub di bawah MA63, sebagai pertukaran untuk sokongan di peringkat Persekutuan.

“26 kerusi Warisan dan 31 kerusi GPS cukup untuk menentukan siapa membentuk Kerajaan Persekutuan.”

“Sesiapa (BN, PN atau PH) mahu 57 kerusi dari Labuan, Sabah dan Sarawak, mereka perlu menunaikan tuntutan-tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu.”

“Tiada sokongan sekiranya tidak dipenuhi. Mereka (parti-parti Malaya) tiada peluang jadi Kerajaan Persekutuan kalau tuntutan-tuntutan Sabah dan Sarawak tidak dipenuhi.”

“Sekiranya janji tidak ditepati nanti, Sabah dan Sarawak boleh tarik balik sokongan pada bila-bila masa dan menyokong parti yang baharu untuk bentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Tun Juhar Dilantik Semula TYT, GRS Terpaksa Akur

Tun Juhar Mahiruddin akan meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat. Pelantikan itu sekaligus me­nyaksikan Juhar meme­gang...

Masidi Akui, 6 Calon GRS Sebenarnya Ahli Bersatu

Sekeping surat dari Datuk Seri Masidi Manjun selaku Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu...

Pemimpin Parti Malaya Dilantik Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik seoramg pemimpin parti Malaya sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Menerusi pengumuman khas yang...

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hilang kuasa di Sabah. Kerajaan...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

More Articles Like This