27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Timbalan Presiden PN Akui, PN Gagal Tunai Tanggungjawab Terhadap Sabah

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Timbalan Presiden Perikatan Nasional, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan telah mengaku bahawa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh PN gagal menyelesaikan isu tunggakan pembayaran pelbagai geran kepada Sabah dan Sarawak, seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan.

Katanya kepada media semalam, tanggungjawab kerajaan persekutuan terhadap kedua-dua negeri itu tidak hanya terbatas untuk menjaga hubungan diplomatik dan keselamatan, tetapi juga memastikan negeri Borneo itu berkemampuan dari segi kewangan untuk mengurus wilayah masing-masing.

Beliau berkata, beberapa klausa dalam Perlembagaan Persekutuan memperincikan kewajipan kewangan kerajaan persekutuan terhadap Sabah dan Sarawak.

Beliau menekankan kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar geran khas 40% daripada hasil bersih yang diperolehi persekutuan dari Sabah.

Kerajaan persekutuan buat masa ini hanya membayar Sabah RM26.7 juta.

“Itu baru satu. Aturan kewangan lain yang dipersetujui dan diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk geran jalan raya, geran per kapita dan duti import serta eksport,” kata Kitingan dalam kenyataan.

“Jika kerajaan persekutuan memenuhi kewajipan kewangannya terhadap Sabah dan Sarawak, saya yakin negeri Borneo ini dapat menyelesaikan separuh masalah kewangan kami dan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan.”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosio-ekonomi MA63 di sini, hari ini.

Kitingan berkata, selain perkara yang berulang kali dinyatakan kerajaan Sarawak, negeri Borneo itu terlalu luas untuk dianggap sebuah lagi negeri dalam persekutuan.

“Oleh itu, saya mencadangkan jawatankuasa mengeluarkan kertas putih mengenai hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak sebelum mesyuarat jawatankuasa berikutnya.

“Jawatankuasa itu harus memberi tumpuan menyelesaikan masalah utama ini, iaitu menuntut semula dan mengembalikan hak Perlembagaan kami, berbanding membicarakan berapa banyak menara telekomunikasi kami harus ada.”

Di peringkat negeri, Ahli Parlimen Keningau itu berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa MA63 untuk menyelaras dan menyenaraikan semua isu, termasuk pelanggaran MA63, cara menanganinya dan memperbaikinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This