29.9 C
Sabah
Selasa, 21 Mac, 2023

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan di Sabah dan Sarawak mampu diperolehi bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Bercakap kepada inisabahbah.com, seorang pemimpin kanan PH yang sedang berada di Kuala Lumpur untuk mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat PH berkata, usaha untuk menarik sokongan Sabah dan Sarawak sedang dilakukan.

Sumber itu berkata, beberapa pemimpin kanan PH telah menyatakan cadangan tersebut kepada Anwar.

Namun, sama ada jawatan PM akan ditawar kepada Sabah atau Sarawak masih belum dikenal pasti.

Mengulas tentang Gabungan Parti Sarawak (GPS), beliau berkata gabungan yang mentadbir Sarawak itu belum memberi sebarang respon, kerana hubungan tegang di antara DAP dan GPS.

“Hubungan GPS dan DAP amat tegang,” kata sumber tersebut sambil merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan dari DAP, Lim Guan Eng yang menuduh bahawa Sarawak akan bankrap sekiranya tidak dibantu oleh Kerajaan Persekutuan PH.

Beliau turut berkata, sebarang kerjasama untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bakal melibatkan Barisan Nasional (BN) kerana jumlah wakil rakyat GPS (22) sahaja tidak cukup untuk mencapai majoriti Parlimen.

PH mempunyai 82 wakil rakyat manakala BN mempunyai 30 wakil rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Tun Juhar Dilantik Semula TYT, GRS Terpaksa Akur

Tun Juhar Mahiruddin akan meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat. Pelantikan itu sekaligus me­nyaksikan Juhar meme­gang...

Masidi Akui, 6 Calon GRS Sebenarnya Ahli Bersatu

Sekeping surat dari Datuk Seri Masidi Manjun selaku Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu...

Pemimpin Parti Malaya Dilantik Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik seoramg pemimpin parti Malaya sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Menerusi pengumuman khas yang...

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hilang kuasa di Sabah. Kerajaan...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

More Articles Like This