31.2 C
Sabah
Sabtu, 25 Jun, 2022

Sumber: Peter Keluar Warisan Kerana Shafie Tidak Mahu UMNO/Bersatu

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony mengumum hasrat meninggalkan Parti Warisan kerana gagal memujuk Datuk Seri Shafie Apdal bergabung dengan UMNO dan Bersatu.

Menurut seorang pemimpin kanan KDM Malaysia, keputusan itu dibuat ekoran keengganan tegas Shafie untuk bersekongkol dengan UMNO dan Bersatu.

“Peter cuba pujuk Shafie tapi gagal,” katanya.

“Selepas PH tumbang, Peter cuba pujuk Shafie bergabung dengan Bersatu. Shafie bertegas tidak mahu.”

“Kemudian PN tumbang, Peter cuba lagi pujuk Shafie bergabung dengan UMNO. Shafie tolak lagi.”

“Dengan keputusan tegas Shafie, Peter berasa lebih baik tubuh parti sendiri dan memihak kepada Bersatu dan UMNO.”

Seorang pemimpin kanan Warisan yang bercakap dengan inisabahbah.com berkata, pemergian Peter dikesali, tetapi perjuangan Warisan akan diteruskan.

“Perjuangan rakyat Sabah tidak boleh tergadai kerana isu peribadi seorang dua. Mungkin Peter diberi tekanan melalui kes mahkamahnya.”

“Tapi kita yang tinggal dalam Parti Warisan masih bersih. Tiada masalah untuk meneruskan perjuangan orang Sabah.”

Mengulas keengganan Shafie bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu, pemimpin kanan itu berkata pendirian Warisan adalah jelas.

“Pimpiman tertinggi parti sudah membuat keputusan tidak mahu bergabung dengan UMNO atau Bersatu.”

“Kalau kita bekerjasama dengan UMNO Bersatu demi jawatan atau projek, maka perjuangan rakyat Sabah akan tergadai.”

“Kita nak pilih perjuangan rakyat atau perjuangan peribadi?”

2 COMMENTS

  1. inilah perjuangan berdasarkan hanya mahukan kepentingan peribadi,,kita sudah maklum,pru14 dan prn16 di sabah kita bertanding menentang parti umno bn,prn16 pn dan yang lain yang bergabung dengan parti2x ini,,wajar kah peter anthony memberi alasan hanya mahu bergabung dengan umno bn? dan mengambil keputusan keluar dari parti WARISAN apa bila pandangan beliau di tolak oleh president parti warisan,dato shafie apdal?? saya mengambil kesimpulan bahawa peter anthony tiada semangan juang dalam parti, setelah bergelar YB dalam parti warisan,,beliau begitu saja keluar dari parti warisan,,saya sebagai penyokong parti warisan amat tidak menghargai kepimpinan beliau(peter anthony)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Guan Eng Temui Hajiji Untuk Rundingan, Akui Ahli Parlimen DAP

Ahli Parlimen DAP untuk kawasan Kota Kinabalu, Chan Foong Hin telah mengaku bahawa Pengerusi parti DAP, Lim Guan Eng...

DAP Raikan Kemasukan Bekas Calon Yang Hilang Deposit Dalam PRN 2020

DAP secara rasminya menerima seorang bekas calon yang hilang deposit dalam Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng melalui sebuah...

Mulai 1 April, Warga Asing Masuk Sabah Tidak Perlu Kuarantin Wajib

Orang ramai, termasuk warga asing yang memasuki Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib bermula 1 April, umum Kerajaan Negeri pada hari Selasa. Walau bagaimanapun, beberapa...

DAP Sabah Terima Tamparan, 2 Wakil Rakyatnya Sertai Warisan

DAP Sabah menerima tamparan hebat hari ini, apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti tersebut meninggalkan parti untuk menyertai Warisan secara rasmi. Mereka adalah...

GRS Benarkan Kayu Balak Sabah Ditebang, Dibawa Keluar Bermula 3 Jan

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah membuat keputusan untuk membenar kayu balak di Sabah ditebang dan dibawa keluar bermula minggu depan. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua...

More Articles Like This