29.9 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Sudah Berkuasa, Jadi Saya Berjuang Secara Diam-diam, Kata Jeffrey

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Presiden Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah hari ini mengaku bahawa cara perjuangan beliau untuk hak-hak Sabah telah berbeza, kerana beliau kini duduk dalam kerajaan.

“Saya tidak ulang cara perjuangan saya ketika menjadi pembangkang. Saya bersama kerajaan. Jadi saya perjuangkan isu-isu berkenaan melalui sistem kerajaan,” kata Jeffrey yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Himpunan Black Sunday ketika Jeffrey pembangkang

“Apabila sudah ada kuasa, kami buat yang terbaik secara dalaman.”

Berkenaan persoalan yang dibangkitkan oleh Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini, Jeffrey meminta supaya rakyat terus menaruh kepercayaan kepadanya.

“Sudah tentu rakyat tidak tahu. Sebab cara berbeza selepas duduk di dalam (kerajaan). Jadi percayalah saya. Saya masih saya dan saya tahu apa yang perlu diperjuangkan.”

Jeffrey menambah, beberapa isu lain turut diperjuangkan melalui Jawatankuasa Khas Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Saya yakin dalam masa lima tahun ini, hasil negeri Sabah akan berganda.”

Walau bagaimanapun, ketika ditanya lanjut, beliau enggan menjawab.

“Saya tahu lah hasil itu di mana, dari mana mahu carikan.”

Mengulas soalan berkenaan jumlah kerusi yang bakal ditanding oleh STAR, beliau berkata lapan kerusi.

Walau bagaimanapun, jumlah itu mungkin berkurang kerana perlu dirunding bersama komponen-komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This