28.2 C
Sabah
Isnin, 30 November, 2020

Shafie: Perpaduan Jalan Penyelesaian, Bukan Darurat

Must Read

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

ADUN Dilantik PAS Dakwa Majlis Gereja-gereja Sabah Tidak Jaga Sensitiviti Muslim

Berikut adalah kenyataan media Aliakbar Gulasan, Penasihat Alumni Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) bertarikh 22 Disember 2018.Alumni Markas Siswa-Siswi...

Perpaduan, bukan darurat yang sepatutnya menjadi jalan penyelesaian untuk Malaysia dalam menghadapi krisis Covid-19, kata Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, jika diisytiharkan darurat ekonomi domestik serta global akan runtuh dan mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia. Ia adalah musuh yang sebenarnya.

“Ekonomi domestik dan global yang runtuh yang merosakkan dan mempengaruhi kehidupan setiap rakyat Malaysia adalah musuh yang sebenarnya.”

Mohd Shafie yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah menambah, inilah masanya untuk meletakkan perbezaan termasuk agama dan bangsa dan bergabung untuk melawan musuh yang sebenar.

“Apa pun yang berlaku, bangsa harus dimajukan dan rakyat tidak boleh dirugikan.”

“Kita mungkin tidak sepakat dalam banyak perkara tetapi buat masa ini, saya rasa kita boleh bersetuju dengan satu perkara, cintai negara kita.”

“Saya mohon semua pemimpin untuk mengenepikan perbezaan kita dan bekerja sebagai satu untuk mengatasi masalah yang kita hadapi dengan mengutamakan raja, negara dan rakyat dahulu berbanding isu lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak kelmarin, timbul desas-desus mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal membuat satu keputusan besar dan sebelum itu turut timbul spekulasi akan diisytiharkan darurat berikutan keadaan pandemik Covid-19 yang membimbangkan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

PN Teruskan Cukai Petroleum Yang Dimulakan Oleh Warisan, Pada Tahun Depan

Cukai Petroleum yang dimulakan oleh Kerajaan Warisan yang terdahulu akan dikuatkuasakan oleh kerajaan baru GRS-PN terhadap Petronas pada tahun...

Kenapa Geran Khas Petroleum Sabah Dikurangkang Separuh?

Seorang pemimpin Warisan telah mempersoalkan langkah Kerajaan Persekutuan mengurangkan jumlah pembayaran geran khas kepada Sabah.Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking berkata pentadbiran sebelum ini telah...

Ramai Mengadu Kelaparan, Ebit Hantar 10 Tan Makanan Ke Sabah

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah semalam selepas menerima banyak mesej meminta bantuan. Ebit Lew dalam perkongsian di laman...

Belanjawan 2021: Peruntukan Pembangunan Untuk Sabah Berkurang

Jumlah peruntukan pembangunan tahun 2021 untuk Sabah telah berkurang berbanding tahun 2020. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 semalam berkata, Sabah...

Keluarga Musa Dilantik Pengarah Yayasan Sabah?

Seorang ahli keluarga bekas Ketua Menteri Musa Aman telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah, dakwa beberapa sumber Bersatu hari ini.Menurut poster-poster ucapan tahniah yang...

More Articles Like This