Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

    1
    988

    Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Sarawak Dato Sri JC Fong.

    JC Fong, bekas Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Sarawak

    JC Fong dipetik sebagai berkata, Kerajaan Persekutuan sepatutnya mengembalikan tanah-tanah yang diambil, dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

    Merujuk kepada Seksyen 75 Kanun Tanah Negara 1965, JC Fong berkata, seksyen tersebut pada asalnya memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan harus memulangkan tanah-tanah yang diambil, dalam keadaan-keadaan tertentu.

    “Tetapi Kerajaan Persekutuan mengubah Perkara 84 Perlembagaan Persekutuan (untuk menggagalkan perkara ini).”

    Untuk rekod, Perjanjian Malaysia 1963 juga memperuntukkan beberapa jaminan kepada Sabah, dalam hal-hal melibatkan tanah.

    Jaminan-jaminan kedudukan Sabah termaktub dalam Perkara ke-20.

    Perkara 20, Perjanjian Malaysia 1963

    JC Fong turut mendedahkan contoh tanah-tanah yang berjaya dituntut kembali oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

    “Lapangan terbang Bintulu yang baru sangat cepat disiapkan. Selepas siap, Putrajaya tanya mana geran tanah Lapangan Terbang Baru Bintulu.”

    Lapangan Terbang Bintulu mula beroperasi pada tahun 2003
    Lapangan terbang lama Bintulu beroperasi sejak tahun 1955

    “Saya tanya balik, apa sudah jadi dengan geran tanah lapangan terbang lama Bintulu? Kalau geran tanah lapang terbang lama Bintulu tidak dikembalikan, saya tidak akan serah geran tanah lapangan terbang baru Bintulu.”

    “Akhirnya Kerajaan Pusat bersetuju mengembalikan geran tanah lapangan terbang lama Bintulu. Sarawak berjaya dapatkan balik geran tanah lapangan terbang lama Bintulu.”

    JC Fong turut mengulas berkenaan tanah-tanah di Sabah yang diserah kepada Kerajaan Persekutuan.

    “Ada tanah di Sabah yang diserah kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan sekolah. Tapi selepas lima tahun masih tidak dibangunkan. Jadi Kerajaan Negeri Sabah mintalah tanah tersebut dikembalikan.”

    “Tapi, Kerajaan Persekutuan minta Kerajaan Negeri Sabah bayar harga pasaran.”

    Keadaan ini menampakkan betapa untungnya Kerajaan Pusat manakala Kerajaan Negeri terpaksa berkorban dan rugi.

    “Jadi kami di Sarawak mahu tanah-tanah kami dikembalikan. Itu wang dan hasil untuk Sarawak. Kalau Kerajaan Pusat tidak mahu mengembalikan tanah kami, wang dan kekayaan Sarawak akan semakin berkurang.”

    *Laporan ini telah disiarkan oleh portal berita DayakDaily.

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here