31.9 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

Sabah Sudah Berjaya Membangunkan Dua Jenama Minyak Masak Tempatan

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Hanya dua tahun memerintah, Sabah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal sudah berjaya membangunkan dua jenama minyak masak yang berkualiti.

Keberjayaan Sabah ini telah menarik perhatian seluruh negara. Mereka tertarik dengan halatuju dan kesungguhan Kerajaan Sabah melaksanakan insiatif-inisiatif tertentu bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baharu.

Terbaru-baru ini pada awal bulan Julai 2020, GOLD, iaitu keluaran minyak masak sebuah usahasama antara Sawit Kinabalu Group dan Syarikat Intipati Minyak Sdn Bhd telah dilancarkan di Sandakan.

Sebelum GOLD, Benta Edible Oil Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB) telah melancarkan jenama Benta Enak Sedap Sehat (BESS) di Tawau pada awal bulan Februari 2020.

Mampukah Sabah membangunkan lebih banyak industri-industri hiliran baharu seperti ini? Sudah pasti.

Ketua Menteri Shafie Apdal berkata, minyak masak buatan Sabah mempunyai pasaran yang luas di Filipina, Korea Selatan, serta negara-negara di Afrika dan Timur Tengah.

Memandangkan permintaan buah tandan segar telah menjunam di peringkat global, mungkin perancangan dan pelaksanaan program-program ini tepat pada masanya. Sabahans boleh menggunapakai buah kelapa sawit yang ditanam di Sabah, ataupun memprosesnya sebagai minyak masak dan menggunakannya. Dengan itu, tidak perlulah Sabahans terlalu bergantung dengan minyak masak import, malah kerja keras pekebun kelapa sawit tidak disia-siakan.

Sebuah jenama ketiga yang baharu dijangka dilancar di Keningau tidak lama lagi. Mungkin nama terseut bakal dipanggil “ONSOI”.

Buat masa ini, Sabah mempunyai ladang-ladang kelapa sawit seluas 1.55 juta hektar yang tertumpu di kawasan pantai barat. Sumber ini adalah potensi besar untuk melonjakkan industri-industri hiliran Sabah. 

BESS menjual minyak masaknya pada harga RM5 untuk botol 1kg, RM9 untuk botol 2kg, dan RM20 untuk botol 5kg bottle, manakala harga pasaran GOLD belum diketahui.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This