25.1 C
Sabah
Ahad, 27 November, 2022

Sabah, Labuan Juarai Kadar Pengangguran Sepanjang Tahun 2022

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menjuarai kategori kadar pengangguran sepanjang suku pertama tahun 2022 sehingga suku ketiga tahun 2022.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Sabah telah mencatat kadar pengangguran sebanyak 9.1% pada suku pertama tahun 2022 (Januari sehingga Mac), iaitu kadar yang tertinggi di seluruh negara.

Kadar pengangguran suku pertama tahun 2022

Ianya diikuti oleh WP Labuan (6.9%), WP Kuala Lumpur (4.8%) dan Terengganu (4.5%).

Sebagai perbandingan, jiran Sabah, iaitu Sarawak mencatat kadar pengangguran pada paras 3.2% sahaja.

Kesemua 12 negeri-negeri lain termasuk WP Putrajaya jauh ketinggalan dengan pencapaian kadar pengangguran di bawah paras 4%.

Bagi suku kedua tahun 2022 (April sehingga Jun) pula, Sabah kekal sebagai juara pada kadar 8.6%, diikuti dengan Labuan pada kadar 7.2%.

Kadar pengangguran suku kedua tahun 2022

Tempat ketiga dan keempat melihat sedikit perubahan apabila Terengganu (4.4%) naik ke tempat ketiga dan Kuala Lumpur (4.3%) turun ke tempat keempat.

7 negeri-negeri lain mencatat kadar di bawah 4%, manakala 5 negeri-negeri lain mencatat kadar di bawah 3%.

Bagi suku ketiga tahun 2022 (Julai sehingga September), Jabatan di Perdana Menteri itu telah mengekalkan Sabah di tangga teratas dengan kadar pengangguran sebanyak 8.2%.

Kadar pengangguran suku ketiga tahun 2022

Labuan kekal di tangga kedua dengan kadar 6.9%, diikuti Terengganu (4.3%).

Untuk tempoh tersebut, WP Kuala Lumpur berjaya menurunkan kadar pengangguran ke bawah 4%, iaitu 3.5% sahaja.

Kesemua 13 negeri dan Wilayah Persekutuan lain berjaya turunkan kadar pengangguran di bawah paras 3%, termasuk Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

Kit Siang Akui Kerjasama UMNO-PH Bukan Mustahil, Janjikan Reformasi

Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengakui bahawa kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan musuh politik, UMNO bukan mustahil selepas Pilihan Raya Umum...

Sabah, Labuan Juarai Kadar Pengangguran Sepanjang Tahun 2022

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menjuarai kategori kadar pengangguran sepanjang suku pertama tahun 2022 sehingga suku ketiga tahun 2022. Menurut laporan yang diterbitkan oleh...

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Parti yang berpengkalan di Malaya...

More Articles Like This