23.8 C
Sabah
Sabtu, 10 April, 2021

Ratusan, Termasuk Hajiji Berpesta Sempena 30 Tahun UMNO Bertapak Di Sabah

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Ratusan, termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah hadir ke majlis keramaian anjuran UMNO Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Majlis keramaian tersebut dianjur sempena 30 tahun UMNO berjaya bertapak.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang diambil dalam majlis tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat sekurang-kurangnya 10 meja dengan 10 orang setiap meja.

Ratusan hadirin, termasuk Hajiji

Lebih 10 meja dengan 10 orang setiap meja

 

Negeri Sabah telah diisytihar sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 19 Februari yang lalu.

Menurut Prosedur Operasi Standard (POS) yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah pada 18 Februari 2021, majlis-majlis keramaian sama ada rasmi atau tidak rasmi kerajaan dan swasta adalah tergolong dalam ‘negative list’.

Majlis-majlis sosial seperti kenduri-kendara dan ulang tahun adalah tidak dibenarkan.

SOP PKPB yang dikemaskini pada 18 Februari 2021

Dalam masa yang sama, laman Facebook Menteri-menteri Kabinet Sabah telah seolah-olah cuba menyembunyikan hakikat bahawa ramai telah berpesta di bangunan UMNO Sabah semalam.

Ciapan dari Facebook Hajiji

Laman Facebook rasmi Hajiji telah senyap berkaitan jumlah hadirin. Hanya gambar-gambar dari majlis doa selamat dan tahlil dikongsikan.

Sementara itu, Facebook Ketua UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin juga senyap berkenaan jumlah hadirin.

Ciapan dari Facebook Bung

Hanya gambar-gambar atas pentas dan gambar-gambar majlis doa selamat dan tahli yang dikongsikan.

Keadaan ini memberi gambaran bahawa pengendali-pengendali Facebook Hajiji dan Bung sedang cuba “menyembunyikan” hakikat bahawa pesta keramaian UMNO Sabah telah dihadiri oleh ramai hadirin, sehingga boleh membangkitkan persoalan sama ada SOP PKPB telah dilanggar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Kapten, Pemain-pemain Utama Sabah FC Digugur Kerana Bangkitkan Isu Gaji Tertunggak

Dua tonggak utama Sabah Football Club (FC) dipercayai digugur dari senarai pasukan bagi menghadapi Penang FC dalam saingan Liga...

Penyakit Lama Kembali, Pemain Dan Jurulatih Sabah FC Berbulan-bulan Tidak Dibayar Gaji

Peminat bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan isu tunggakan gaji apabila Sabah FC dikatakan tidak membayar gaji pemain mereka selama 3 bulan sejak...

Timbalan Presiden PN Akui, PN Gagal Tunai Tanggungjawab Terhadap Sabah

Timbalan Presiden Perikatan Nasional, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan telah mengaku bahawa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh PN gagal menyelesaikan isu tunggakan pembayaran pelbagai geran kepada...

PPBM, STAR Dan PBS Mungkin Hilang Kuasa Dalam Masa Terdekat

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mungkin hilang kuasa dalam masa terdekat.Ini kerana perkembangan terkini...

Sudah Berkuasa, Jadi Saya Berjuang Secara Diam-diam, Kata Jeffrey

Presiden Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah hari ini mengaku bahawa cara perjuangan beliau untuk hak-hak Sabah telah berbeza, kerana...

More Articles Like This