27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

PPBM, STAR Dan PBS Mungkin Hilang Kuasa Dalam Masa Terdekat

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mungkin hilang kuasa dalam masa terdekat.

Ini kerana perkembangan terkini lanskap politik tanah air telah menyaksikan penjajaran semula hubungan dua parti besar, bersama Perikatan Nasional (PN).

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada hujung minggu lalu, pemimpin-pemimpin tertinggi parti berkenaan telah berkata secara jelas, bahawa kerjasama bersama PN akan terbatal menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini.

Susulan pendirian UMNO, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg yang merupakan Ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah umum bahawa blok Sarawak tersebut akan mengkaji semula hubungan mereka bersama PN.

“GPS hanya sebagai rakan bukan ahli PN. Dasar kita (GPS) lebih berautonomi,” kata Abang Jo di Lubok Antu, Sarawak hari ini.

Untuk rekod, UMNO mempunyai 38 orang Ahli Parlimen manakala GPS mempunyai 18 orang Ahli Parlimen.

UMNO mempunyai 38 Ahli Dewan Rakyat

GPS mempunyai 18 Ahli Dewan Rakyat

Sekiranya UMNO dan GPS memutuskan hubungan dengan PN sebelum PRU ke-15, Kerajaan Muhyiddin akan kehilangan 56 kerusi.

Keadaan ini akan menyaksikan PN tumbang di peringkat persekutuan, sekaligus melakar sejarah buat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang terpendek.

Dengan tumbangnya Kerajaan Muhyiddin, komponen-komponen PN seperti PPBM, STAR dan PBS akan turut kehilangan kuasa dan kembali sebagai pembangkang.

1 COMMENT

  1. Jadi UMNO mahu apa?, PPBM mahu apa? BN mahu jadi apa? PN masih kekal relevan kah? Apa akan jadi dengan PBS STAR PBRS. Maka lenyaplah tuntutan hak kita bila STAR berhenti bernafas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This