27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

PPBM Minta Lantik Pas Masuk Kabinet Sabah

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mencadangkan agar kerajaan baharu Sabah melantik wakil pemimpin daripada Pas untuk menganggotai Kabinet Negeri Sabah.

Pengerusi PPBM Terengganu, Senator Datuk Razali Idris berkata, ia sebagai tanda penghargaan kepada parti itu yang melakukan pengorbanan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

“Mudah-mudahan kerajaan GRS terus berkhidmat kepada rakyat dan segera melaksanakan aku janji PRN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Pas yang tidak bertanding dalam Pilihan Raya Sabah pada 26 September lalu telah mengguris hati Sabahans baru-baru ini, apabila Setiausaha Dewan Ulamanya, Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa bahawa kitab suci Bible adalah terpesong.

Enggan meminta maaf, pemimpin Pas tersebut terus bertegas bahawa masyarakat Kristian tidak mempunyai hak berasa tersinggung, kerana apa yang didakwa olehnya merupakan fakta.

47 COMMENTS

    • Kami org Sabah dengan saudara islam kami menghormati antara satu sama lain. PAS tidak sesuai di Sabah kerana mereka menggunakan agama untuk berpolitik.

    • Hrp2lah sabah ni jadi sebuah negara pada masa akan dtng supaya tdk dijajah oleh malaya(semenanjung)… #sabahbangkit #sabahforsabahan

  1. Klu pas dibawa masuk oleh ppbm kedalam pentabiran sabah, maka dgn sendirinya ppbm mengali kubur sendiri di sabah. Pas tidak relevant masuk sabah.kalau tidak percaya silakan..

  2. Apa Pula ko mau masuk hal Sabah?. Sabah, sabahlah yg putuskan jadi Menteri.. apa pasal pula ko mencadang? Tanda Penghargaan apa Pula? . Ko siapa ohhh. ko bukan menteri Sabahan pun, urus saja Negeri Terengganu, kalau ko m. Pikirlah. Sabahan is multi Cultural. Jangan kamu memandai mau Kasi masuk Rasis pi sini..

  3. Sangat bagus PAS Sabah diberi lantikan. Org cina di Kelantan Terengganu sangat bahagia bersama PAS.

    Lg satu, perenggan terakhir, org sabah dikatakan kecewa kerana alasan Nik Zawawi kata Bible diseleweng , itu bukan alasan yg benar. Bukan org sabah yg kecewa, org Kristian DAP yg kuciwa. Saya juga nak kata , ya, kitab Bible telah diseleweng. Teruskan kecewa. Kecewa dulu pendapatan, kecewa kemudian tidak berguna lagi

    • Cukup2 lah berangan. Org cina di kelantan terpaksa pura2 bahagia. Klu tak kena halau keluar negeri kann.. Org Kristian pun percaya bahwa Alquran tu diselewengkan dari yg ASAL. Cuma takde la nak sebar kat media nak kecam agama Islam.

    • Bagitau dengan jelas bahagian mana yg diselewengkan, bukan main hentam cakap saja macam kau sudah hidup 2000 tahun kah sampai tahu sgala macam agama orang terpesong.

    • Siapa kamu menghakimi agama orang lain? Ni la masalah orang islam terutama di semenanjung. Racist melampau. Macam la kau punya agama saja yg bagus betul. Macam la kau punya agama saja yg betul. Cuba lihat sekeliling, siapa yg paling banyak perngai macam sampah? Bapa rogol anak, datuk rogol cucu. Pelajar bakar gurunya. Siapa tu? Anak2 kristian ka? Penganut hindu ka?

  4. Satu satunya parti politik agama yang tidak berguna di Sabah. Hanya berguna di negeri Kelantan, tetapi TIDAK SAMA SAKALI DI SABAH. TOLAK PARTI BERASASKAN AGAMA DI SABAH

  5. Pas x layak d Sabah …Sabah xda agama rasmi …Bukan mcm kelantan …kedatangan PAS di sini Hanya merosakkan keharmonian Sabah …takut Sabah muncul bnyk ekstremis kalau pas masuk ..

  6. Kalau PAS masuk sabah, aku pastikan aku bakar hidup2 tu PAS..jgn sekali masuk sabah..aku Islam tp aku hormat rakan2 aku yg bukan Islam ..

  7. Sibuk atur mau jd kabinet dlm sabah, urus dulu negeri kmu, jangan masuk sabah, sebab sabah ni berbilang kaum berbilang bangsa, t siok2 jak ko berkhutbah x pasal2 bergaduh sesama agama, gara2 fahaman yg berbeza.

  8. kamu belum masuk syurga sda ckp bible terpeson. kamu tau ka siapa yg tulis alquran pla ? knpa bgtu yakin kitab kamu x terpesong? dalil terpeson tau apa?
    1. knpa bole kawin 4?
    2. nabi kamu kawin berapa? ada kawin yg bawah umur ka?

    jgn begitu yakin

  9. No for PAS in Sabah..diaorg tidak tahu kebudayaan di sabah… masi ada sabahan yg tutup mata … common sabahan wake up open your eyes..

  10. PAS tidak sesuai di Sabah. Pas seperti racun yang mematikan persaudaraan rakyat Sabah. Sila berambus dari sabah. Uruslah tempat sendiri jangan menyibuk di tanah Sabah.

  11. Kita berharap CM di sabah ni dengar suara rakyat Sabah… no PAS in Sabah.. kamu di pilih oleh rakyat bukan utk kegunaan diri kamu sendiri…kamu terpilih mewakili ralyat Di sabah ( sabah for sabahan only ).. tolong bersikap berani untuk memutuskan , bukan kamu ikut telunjuk org2 di semenanjung ( PAS UMNO)..

    • Kalau dah buat statement yg menyakitkan hati orang Kristen di Sabah lebih baik tak paya lah PAS p Sabah nanti lain lagi jadi nya cukup wajah kamu muncul di TV atau media maya jangan face to face !!!!!!

  12. Kedamaian dan keamanan hidup dalam kepelbagaian dapat memajukan masyarakat secara intelek dan rohani. Saling kondem saling menjatuhkan dengan alasan mempertahankan iman itu tidak boleh diterima…. kenapa nak sentuh isu sensitiviti kalau tahu itu akan menimbulkan masalah? Moralnya aku dengan agamaku , kamu dengan agama mu…. bukan kah ayat itu ada dalam kitab kamu? apapun PAS penuh dengan org yg fikir mereka sahaja yg suci dan tak relevan dgn cara hidup bermasyarakat d Sabah. PAS masuk next PRN GRS bye bye….

  13. BANTAH PENGANJURAN PESTA KRISMAS DAN FIESTA AMBANG TAHUN BAHARU YANG BERUNSUR AGAMA KRISTIAN.

    YDP PAS Tawau, Mohamad Husain bersama NYDP PAS Kalabakan, Usman Madeaming dan beberapa NGO Islam membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Tawau Dato’ Christina Liew kerana penganjuran Pesta Christmas dan Fiesta Diambang Tahun Baru 2019.

    Difahamkan, penganjuran tersebut turut diisi oleh ucapan dari seorang wakil bishop dan koir dari pihak gereja yang diadakan secara terbuka.

    Perkara ini jelas bertentangan dan melanggar Perlembagaan Malaysia Perkara 11.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This