Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain boleh dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.
Anwar yang juga dikenali sebagai ‘bakal PM selama-lamanya’, sebelum ini pernah mencuba untuk merampas jawatan Perdana Menteri beberapa kali.
Namun, semuanya gagal.
Pada bulan September yang lalu, Anwar juga mengisytihar bahawa pihaknya mempunyai ‘sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan’ untuk mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Persekutuan.
Untuk rekod, usaha Anwar yang terkini telah disokong penuh oleh kesemua 105 Ahli-ahli Parlimen Pembangkang.
Mereka terdiri daripada 88 Ahli Parlimen Pakatan Harapan, 8 Ahli Parlimen Warisan, 4 Ahli Parlimen Pejuang, 2 Ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu, 1 Ahli Parlimen UPKO dan dua Ahli Parlimen bebas, iaitu Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq.
Semakan ke laman media sosial mendapati, rata-rata netizen yang menyokong PH telah mula mendesak supaya Anwar tidak lagi dicadang sebagai calon PM.
Salah seorang daripadanya, Rimon Cho, telah mempersoal kebolehan PH menghadapi PRU le-15.
Beliau juga menyindir bahawa PH mungkin masih berkuasa, sekiranya Anwar masih berada dalam penjara.
Seorang lagi, Dylan Chin berkata bahawa Anwar bersikap pentingkan diri sendiri.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau mengundi untuk perubahan yang dijanji, dan bukannya untuk mengangkat Anwar senagai PM.