31.4 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

Pemberian Geran Tanah Individu Boleh Melahirkan Generasi Usahawan Tani Baharu

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Penerima geran-geran tanah individu dari Kerajaan Sabah baru-baru ini mampu memainkan peranan mengharumkan nama Sabah dalam bidang pertanian.

Pada awal Julai 2020, sejumlah 2,000 individu di Bagahak, Lahad Datu, telah menerima hampir 7,000 hektar tanah daripada Kerajaan Sabah. Ini susulan pertarungan mahkamah yang pahit sepanjang 12 tahun lalu di bawah pentadbiran terdahulu.

Beberapa hari kemudian pada 9 Julai 2020, lagi 101 buah kampung di Keningau dan Sook menerima geran tanah individu berkeluasan 6,425 hektar tanah.

Lebih banyak geran tanah individu akan diagihkan dalam masa terdekat ini, selaras dengan keputusan Kerajaan Sabah pada tahun 2018 untuk memansuhkan geran tanah komunal dan menggantikannya dengan geran tanah individu.

Pemberian geran-geran tanah individu ini nampak tepat pada masanya, khususnya selepas penularan wabak Covid-19 yang telah mengancam jaminan keselamatan makanan Sabah.

Ini bermaksud sudah tiba masanya penduduk kampung menceburi bidang pertanian secara beramai-ramai.

Bercucuk tanam bukan lagi kerja berat, kotor dan penat— ini peluang menerap sistem pertanian moden seiring dengan perubahan arus dunia.

Sistem pertanian secara akuaponik di Kundasang Aquafarm

Sistem pertanian secara fertigasi di Taman Kekal Pengeluaran (TKPM) Mesilou, Kundasang

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal semasa upacara penyerahan geran tanah individu telah menasihatkan penerima-penerima agar tidak menjual tanah yang diberi secara murah demi mendapat wang segera.

Sebaliknya, Sabahans mampu meraih hasil lumayan berlipat kali ganda dengan bercucuk tanam di atas tanah yang telah dinanti-nantikan sejak berpuluh tahun yang lalu. 

Geran tanah komunal yang diperkenalkan di era Barisan Nasional telah dirangka untuk membolehkan kaum asal Sabah mempunyai hak milikan ke atas tanah yang dikerjakan.

Namun, ianya telah menjadi bermasalah akibat campur tangan syarikat-syarikat besar yang berkepentingan.

Ramai pemilik geran tanah komunal akhirnya tidak mempunyai kuasa menentukan tujuan atau tanaman yang ingin dihasilkan.

Pemansuhan geran tanah komunal bukan sahaja menepis campur tangan syarikat-syarikat besar yang berkepentingan. Ianya juga memberi tuan tanah kebebasan memutuskan bagaimana tanah yang dimiliki ingin dikerjakan.

Kini, ribuan penerima geran tanah individu mempunyai kebebasan dan kuasa membuat keputusan sendiri. Mereka boleh memilih bagaimana tanah mereka ingin dikerjakan, apakah yang ingin dicucuk tanam dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This