31.4 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

Pembantu Menteri PPBM Berteriak, Mahu Sidang DUN Ditamatkan Awal

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Seorang Pembantu Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah dilihat berteriak-teriak kerana mahu sesi persidangan DUN Sabah pada hari Rabu ditamatkan lebih awal.

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 yang berlangsung sejak hari Selasa, telah memasuki persidangan hari kedua semalam.

Dalam sesi persidangan semalam, ADUN Tanjong Kapor (Warisan), Ben Chong Chin Bin telah meminta supaya persidangan ditamatkan pada pukul 5.15 petang, seperti yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat DUN Sabah.

“Saya difahamkan bahawa persidangan pada hari ini akan ditangguh pada jam 3.30 petang tadi. Dan mengikut kiraan matematik, saya rasa ramai lagi wakil rakyat di sini tidak sempat untuk membahas.”

“Saya ingin memohon kepada Datuk Speaker untuk mengizinkan masa dilanjutkan supaya setiap wakil rakyat yang terdapat di dalam Dewan ini dapat membahas.”

ADUN Tanjung Aru (Warisan), Datuk Junz Wong kemudiannya mencelah dan merujuk Dewan kepada Peraturan Mesyuarat 2(1)(a) DUN Sabah yang memperuntukkan bahawa sesi persidangan boleh diadakan sehingga 5.15pm.

“Dalam peraturan mesyuarat sudah ditetapkan bahawa persidangan selalu pun sampai jam 5.15 petang.”

“Dan kalau tidak cukup masa, kita mintalah dari sebelah sana, Pembantu-pembantu Menteri buat satu usul untuk panjangkan masa, sebab saya rasa tidak adil lah untuk menghalang wakil rakyat membawa suara rakyat ke dewan yang mulia ini.”

Junz menambah, pihaknya akur bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihati supaya dewan ditamatkan lebih awal. Namun, keputusan terakhir berada dalam tangan Speaker Dewan.

“Memang saya tahu KKM yang bagi nasihat. Tapi Speaker di sini yang berkuasa membuat keputusan.”

“Di Parlimen, mereka mengadakan sesi sampai jam 7 malam. Takkan di Parlimen boleh, tapi di Dewan Undangan Negeri Sabah tidak boleh?”

Timbalan Speaker Dewan, Datuk George Anthony Ginibun kemudiannya memberi alasan bahawa KKM telah menasihati supaya ADUN-ADUN tidak terlalu lama berada di dalam Dewan.

Susulan itu, ADUN Luyang (DAP), Phoong Jin Zhe telah meminta supaya Timbalan Speaker merujuk kepada Peraturan Mesyuarat yang memberi kuasa kepada Speaker membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, keadaan tersebut tidak menyenangkan pihak GRS yang mahu sesi persidangan ditamatkan lebih awal.

Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi dari Parti Pribumi Bersatu dari Pitas, Ruddy Awah telah berteriak-teriak dan mendakwa bahawa Dewan perlu ditamatkan lebih awal kerana KKM telah membuat peraturan.

Ruddy Awah bersama pemimpin-pemimpin kanan PPBM

“Kita kena ikut peraturan KKM! Kita ada peraturan KKM! Peraturan memang ada! Tapi KKM buat keputusan! KKM memutuskan! Tolong jumpa KKM!”

Untuk rekod, Peraturan Mesyuarat DUN Sabah tidak memperuntukkan mana-mana ‘peraturan KKM’.

Malah Perkara 2 (1) Peraturan Mesyuarat DUN Sabah memperuntukkan bahawa sebuah persidangan harus bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5.15 petang.

Peraturan mesyuarat 2(1))

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This