27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Muhyiddin Terbang Dari KL Ke Sabah, Untuk Lancar Semula Projek Warisan?

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah hari ini diminta menjelaskan sebuah projek pelaburan di Lok Kawi yang bernilai RM7 bilion.

Lok Kawi Resort City yang dirasmi oleh Muhyiddin hari ini

Menurut Datuk Junz Wong yang merupakan Naib Presiden Warisan, projek Lok Kawi Resort City yang dilancar oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini, mempunyai mirip jelas dengan sebuah inisiatif pelaburan yang diusahakan oleh Warisan tahun lalu.

“Tahukah anda, bahawa pada Julai tahun lalu, Warisan telahpun memulakan sebuah inisiatif pelaburan yang sama?”

Laporan FMT bertarikh Julai 2020

Laporan Harian Ekspres bertarikh Julai 2020

Laporan Borneo Post, bertarikh Julai 2020

“Nilai yang sama… RM7 bilion; Pemaju yang sama… Yayasan Sabah dan Tegas Bangsa Sdn Bhd (anak syarikat Pavilion); Tempat yang sama… Lok Kawi, Putatan.”

“Saya tidak pasti sama ada GRS/PN cuma ambil nama saja sekarang.”

“Sebab projek yang dimulakan oleh Warisan pada bulan Julai tahun 2020, sama seperti apa yang dilancar oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.”

Beliau turut mengimbau, pembangkang pada ketika itu (UMNO, PBS dan STAR) telah mengutuk pelaburan tersebut tahun lalu.

“Dulu mereka (UMNO, PBS dan STAR) kata, mana mungkin pelabur bawa bilion-bilion ke Sabah?”

“Mereka juga kata, ini bukti DSSA mahu jual Sabah!”

“Tapi kini sudah terbukti. Asas untuk Sabah yang lebih maju dan berdaya saing, sebenarnya telah dibina dan dilaksana oleh Warisan.”

Selain itu, Junz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru berkata, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal ketika berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah, telah melaksana yangvterbaik untuk Sabah.

“DSSA ketika berkhidmat sebagai Ketua Menteri telah meyakinkan pelabur-pelabur bahawa Sabah merupakan destinasi tepat untuk melabur.”

“Ditambah pula visi pembangunan untuk Sabah yang dibawa oleh Warisan, pelabur-pelabur gergasi seperti Pavillion telah yakin bahawa Sabah adalah pilihan betul.”

“Jadi yang perlu dibuat oleh GRS dan PN sekarang cuma….. meneruskan usaha-usaha Warisan dan membuat perasmian.”

“Betul kah, Warisan punya susu, GRS/PN ambil nama? GRS sila jelaskan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This