Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

    1
    2878

    Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada masa ini.

    Menurut beliau, situasi terkini jangkitan COVID-19 dalam negara masih terkawal dan dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai pihak.

    Mengakui memahami kebimbangan masyarakat berikutan peningkatan kes baharu jangkitan COVID-19, Muhyiddin memberi jaminan dan komitmen bahawa kerajaan akan terus mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus itu sebaik mungkin.

    “Untuk makluman, kebanyakan kes yang berlaku adalah dalam kalangan tahanan di dalam penjara, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dan dari kluster-kluster yang telah pun dikenal pasti dan terkawal.”

    “Saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dalam menghadapi situasi penularan COVID 19 pada masa kini.”

    Sebagai rekod, Sabah mempunyai sejumlah 4,086 kes aktif setakat 17 Oktober 2020. Daripada jumlah itu, 451 kes merupakan kes baru yang dicatat pada hari yang sama.

    Kerajaan Negeri Sabah telah pada 16 Oktober mengumum bahawa waktu berniaga sesetengah dilanjutkan dari pukul 6 petang sebelum ini ke pukul 8 malam.

    Selain itu, bermula hari Isnin (19 Oktober), aktiviti-aktiviti sukan seperti futsal dan bola sepak boleh dijalankan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here