27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Muhyiddin Mahu Wujudkan Kluster Aeroangkasa Di Sabah

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Sabah dilihat berpotensi membangun dalam industri aeroangkasa selari dengan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO), sebuah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga mencadangkan Kota Kinabalu dijadikan kluster aeroangkasa dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Beliau berkata, pelaburan dalam industri ini juga dijangka mampu mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah selain memberi impak positif terhadap sektor-sektor lain susulan peningkatan rantaian pelaburan.

Katanya, kerajaan menerusi MITI juga akan terus bekerjasama erat dengan kerajaan negeri demi memastikan ekosistem yang lengkap dalam menyokong pembangunan industri-industri seperti perkilangan dan pembuatan di Sabah.

Muhyiddin berkata, beliau yakin Sabah mempunyai potensi yang amat besar dalam menarik pelaburan dari dalam dan luar negara memandangkan kedudukannya begitu strategik serta kaya dengan sumber asli.

“Sebagai contoh, pengembangan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA) berpotensi menarik pelaburan asing bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan taraf sosio-ekonomi Sabah.

“Saya difahamkan jumlah perdagangan di Sabah dalam dan luar negara pada 2020 mencecah sebanyak RM79.5 bilion iaitu nilai eksport sebanyak RM41.4 bilion dan import sebanyak RM38.1 bilion.

“Manakala kelulusan pelaburan sektor pengilangan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk Sabah pada 2020 ialah sebanyak RM11.95 bilion bagi 15 projek,” katanya semasa Sesi Balai (Town hall) Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This