29.4 C
Sabah
Rabu, 23 Jun, 2021

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Must Read

“Melampau”, “Cara Semenanjung”, Kata Sabahans Berkenaan Cadangan Troli Berasingan

Laporan asal ini pernah disiarkan dalam surat khabar tempatan Daily Express pada 12 November 2015. Laporan asal dalam Bahasa Inggeris...

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.

Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa penganjur, sambutan ini akan diadakan pada 9 Mei, hari Ahad ini.

Johnny mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur pada hari Selasa

Tambah beliau, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini Covid-19 di Papar.

Katanya, sambutan pada asalnya dijadualkan berlangsung pada hujung minggu lalu, tetapi telah ditunda ke hujung minggu ini.

“Saya bagi pihak penganjur dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), khususnya jawatankuasa Unduk Ngadau kerana menundakan peringkat pilihan ke 10 Mei.”

“Dengan itu, Papar boleh menghantar wakil untuk bertanding.”

Johnny yang kalah di kerusi Limbahau dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, kini merupakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) yang dilantik oleh GRS.

Katanya, Dewan Serbaguna Mositun Sungkadon akan kekal sebagai tempat sambutan Pesta Kaamatan, dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Bagi mereka-mereka yang tidak dapat menyertai, siaran secara langsung akan dibuat oleh anaknya melalui Kiihoi.com dan DJ Othoe.”

Sambutan hari Ahad ini akan bermula pada pukul 3 petang. Antara program-program termasuk sesi buka puasa.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengkategorikan Papar sebagai zon merah.

Papar mencatat 44 kes, yang tertinggi di Sabah pada hari Jumaat

Pada hari Jumaat, 44 kes baru telah tercatat, yang tertinggi di seluruh Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Menteri PPBM Dan Bekas Ketua Menteri UMNO Menjadi Mangsa Banjir

Seorang Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan seorang lagi bekas Ketua Menteri dari UMNO telah menjadi mangsa...

WARISAN Junjung Titah Agong, Sokong Parlimen Bersidang Segera

Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong pandangan dan keputusan Majlis Raja-raja agar darurat tidak dilanjutkan serta Parlimen perlu bersidang dengan kadar segera. Melalui sebuah kenyataan media...

Jeffrey Kitingan Minta Agung Sambung Darurat

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mahu proklamasi darurat yang dijadual tamat pada Ogos depan dikekalkan hingga keadaan situasi penularan COVID-19 di negara ini benar-benar...

Agong Tak Sebut Bila Parlimen Perlu Bersidang, Kata Menteri PAS

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menyebut tarikh di mana Parlimen harus bersidang, dakwa Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin...

Darurat Tidak Perlu Disambung, Kata Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja Melayu berpandangan bahawa tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas Ogos. Selain Yang di-Pertuan Agong, Al-SuItan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, sesi perbincangan...

More Articles Like This