29.9 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Menteri Kesihatan Longgarkan SOP Kuarantin Untuk Menteri-menteri Lain

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah mengeluarkan perintah untuk melonggarkan peraturan kuarantin kepada rakan-rakan anggota kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

Perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin menteri dari 10 hari ke 3 hari.

Perintah itu dinamakan “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” terbit pada Warta Persekutuan semalam.

Ia ditandatangani Adham dan akan berkuatkuasa 9 Februari.

Dengan perintah yang dikeluarkan oleh Dr Adham, rakan-rakannya dalam kabinet tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang masuk dari luar negara.

Tidak jelas sekiranya perintah itu akan dikenakan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang kembali ke Malaysia pada Jumaat lalu (5 Februari) setelah lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Jika perintah itu berlaku atas Muhyiddin, maka dia bebas daripada kuarantin esok, pada hari yang sama perintah itu berkuatkuasa.

Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein juga dalam perjalanan rasmi ke Abu Dhabi.

Dia akan pulang ke Malaysia setelah perintah itu berkuatkuasa dan oleh itu hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.

Pada Ogos tahun lalu, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali didenda RM1,000 setelah gagal mematuhi peraturan kuarantin selepas kembali dari Turki.

2 COMMENTS

  1. Boleh pulak sesuka hati pendekkan tempoh kuarantin.. Mungkin menteri2 ni kebal covid kot, xpun covid kenal menteri2 ni, atau covid ni sebenarnya xserius di Negara kita cuma utk menakut2kan rakyat demi mengekalkan kuasa tak gitu? Adakah angka kes covid tu legit? Rakyat jadi mangsa politik covid Negara what a sad.. Moga Allah melindungi kami rakyat dari fitnah dajjal

  2. Ada sebab kenapa tempoh kuarantin Covid 19 diberitahu selama 10-14hari. semua maklum 10-14hari adalah tempoh inkubasi (incubation period) virus Covid 19. Kenapa perlu dipendekkan tempoh kuarantin untuk ahli kabinet? Apa jadi jika gejala mula datang pada hari ke4-10?? Dimana pendirian MENTERI yang mewajibkan rakyat menjalani KUARANTIN WAJIB untuk mereka yang pulang dari luar negara pada awal PKP dahulu?? Ahli kabinet IRONMAN ke yang dikecualikan dari KUARANTIN WAJIB?? Tolong lakukan penilaian sebelum melakukan sesuatu tindakan tuan DOKTOR!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This