31.9 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

“Melampau”, “Cara Semenanjung”, Kata Sabahans Berkenaan Cadangan Troli Berasingan

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Laporan asal ini pernah disiarkan dalam surat khabar tempatan Daily Express pada 12 November 2015.

Laporan asal dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=104441

Datuk Hamzah Zainuddin yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu, telah membuat cadangan agar pasaraya di seluruh negara mempunyai troli berasingan.

__________

KOTA KINABALU: Sabahans berasa terkejut dengan cadangan kerajaan supaya mewajibkan pasaraya-pasaraya di seluruh negara menyediakan troli berasingan untuk produk-produk halal dan bukan halal, selain berpandangan bahawa cadangan ini didorong oleh cara pemikiran yang melampau.

Beberapa penduduk Sabah yang beragama Islam telah ditemu ramah.

Mereka berkata, idea ini bertentangan dengan konsep perpaduan negara, malah mereka tidak kisah menggunakan troli yang sama, dengan syarat daging dibungkus dengan selamat dan betul.

Mereka juga berkata, ideologi ini mirip dengan gaya pemikiran di Semenanjung Malaysia, maka ianya tidak sesuai di Sabah.

Nik Razie, seorang jurugambar yang berumur 28 tahun berkata, troli berasingan hanya memupuk perpecahan kaum dan agama, dan juga membazir duit.

“Saya rasa tiada siapa-siapa di Sabah pernah terfikir mengguna troli berasingan. Ia hanya membakar lagi api perkauman sepertimana yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa ianya biadap untuk mempersendakan makanan orang lain.

“Agama kami ajar kami jangan sentuh jangan makan daging tidak halal. Kalau sudah dibungkus, apa masalahnya? Ini bukan masalah agama. Ini masalah cara pemikiran orang Melayu yang ekstrim.”

Mohd Izuddin Omar, 40 tahun berkata, cadangan ini adalah hasil buah fikiran golongan pelampau.

Beliau menambah, idea ini bakal mencetus lebih banyak peraturan-peraturan melampau, dan ini tidak patut berlaku.

“Ini tidak rasional sudah. Kalau ada golongan ekstrimis begitu takut dicemari oleh daging tidak halal, maka janganlah kunjung pasaraya tersebut.”

Usahawan Norfaranina Zaki, 31 tahun berkata, menjadi tanggungjawab penjual membungkus daging-daging tidak halal secara cermat dan selamat, agar troli tidak tercemar.

“Saya rasa orang ramai risau dengan daging khinzir yang segar. Jadi, lebih baik minta saja pembekal bungkus dengan baik dari awal.”

“Kalau pun saya tersentuh daging khinzir, aaya boleh samak,” kata ibu kepada seorang anak itu.

Nadia Riar, 33 tahun dari Kota Belud bersetuju bahawa troli berasingan adalah tidak perlu.

Beliau berkata, malah orang Islam di Kuala Lumpur pun bukan semuanya mengguna troli berasingan, sedangkan troli berasingan disediakan di pasaraya-pasaraya seperti NSK.

“Saya pernah jumpa orang Islam pakai troli tidak halal, manakala orang bukan Islam pula pakai troli halal. Troli-troli ini diletak bersama. Saya rasa bukan semua ambil kisah pun,” katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna sedang mempertimbangkan undang-undang baharu bagi mewajibkan pengasingan troli di pasaraya.

Menterinya Datuk Hamzah Zainuddin berkata, cadangan ini masih di tahap perbincangan dan memerlukan kajian terperinci kerana melibatkan kos yang tinggi.

Norhidayah Ali yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya tempatan berkata, belum pernah terlintas dalam fikirannya untuk mempunyai troli atau kaunter pembayaran berasingan.

Beliau berkata, lebih baik tidak membuat peraturan pengasingan.

“Kalau kami ‘scan’ daging, biasanya kami pakai plastik sebagai lapisan tambahan,” sambil menunjukkan jari kepada sebungkus plastik kecil.

Dayang, juga seorang juruwang di sebuah pasaraya tempatan berkata tidak perlu dibuat pengasingan troli atau bakul.

“Buat kecoh la. Kami di Sabah, tidak perlu fikir begitu banyak.”

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This