28.2 C
Sabah
Isnin, 30 November, 2020

Mampukah Sabah Menjadi Periuk Nasi Malaysia?

Must Read

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

ADUN Dilantik PAS Dakwa Majlis Gereja-gereja Sabah Tidak Jaga Sensitiviti Muslim

Berikut adalah kenyataan media Aliakbar Gulasan, Penasihat Alumni Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) bertarikh 22 Disember 2018.Alumni Markas Siswa-Siswi...

Projek Perintis Padi Trusan Sapi dan pengwujudan semula Lembaga Padi Sabah memberi nafas baharu kepada usaha Sabah mencapai 100% tahap sara diri (SSL).

Setiap tahun, Sabahans meraikan Pesta Kaamatan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai.

Namun di sebalik budaya Kaamatan ini, mengapakah jelapang padi kita di Sabah semakin berkurang, sekaligus menyumbang kepada pengurangan sumber makanan dan pendapatan kita?

Mengikut statistik tahun 2017 yang dilaporkan dalam Pelan Pembangunan Pertanian Sabah 2021-2030, tahap saradiri (SSL) padi Sabah cuma berada pada tahap 24%. 

Dalam erti kata lain, bagi setiap 100kg nasi yang dimakan oleh Sabahans, hanya 24kg dikeluarkan Sabah manakala baki 76kg merupakan beras import.

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Ekspres pada bulan Mei tahun 2014, bekas Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin telah mengadu bahawa Sabah secara keseluruhannya cuma mempunyai 50,000 hektar jelapang padi.

Keadaan tidak bertambah baik sepanjang tempoh pentadbiran beliau, kerana empat tahun kemudian pada tahun 2018, tapak-tapak padi di Sabah semakin berkurang lagi.

Jabatan Pertanian telah melaporkan bahawa setakat tahun 2018, Sabah mempunyai hanya baki 30,000 hektar jelapang padi.

Bagaimanakah jelapang-jelapang padi di Sabah semakin lama semakin berkurang, meskipun pelbagai pengumuman peruntukan dan program Kerajaan dibuat selama ini?

Di ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan baru-baru ini, terbangkit juga kebimbangan berkenaan jaminan bekalan makanan, khususnya selepas Vietnam, sebuah negara yang banyak Malaysia bergantung dengan, mengumum bahawa segala aktiviti-aktiviti pengeksportan beras dihentikan serta merta.

Bagi meleraikan kebimbangan orang awam, Kementerian Pertanian terpaksa mengumum bahawa stok beras negara Malaysia mencukupi untuk tempoh dua setengah bulan.

Dalam pada itu, Sabah yang menjadi pembekal utama sumber beras Padiberas Nasional Bhd (Bernas) pula dihadkan agihan padi bagi memastikan bekalan untuk negeri-negeri lain mencukupi.

Memang tidak dinafikan bahawa sesetengah pihak membeli secara panik pada ketika PKP dilaksanakan, seterusnya menyumbang kepada pengurangan bekalan beras di pasaran.

Namun persoalannya, mengapakah Sabah yang mempunyai tanah subur berkeluasan ratusan hektar masih terpaksa bergantung dengan orang luar untuk mencukupkan bekalan makanan ruji kita?

Petani padi tempatan Sabah

Mungkin PKP lalu merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya Sabah memberi keutamaan kepada jaminan bekalan makanan. Sudah tiba masanya Sabahans mengembalikan Sabah ke era kegemilangan penanaman padi, selaras dengan semangat Bambarayon. 

Itulah konsep di sebalik Projek Perintis Padi Trusan Sapi, di mana sekitar 4,500 hektar tanah terbiar akan dimajukan untuk aktiviti-aktiviti penanaman padi.

Jelapang Padi Terusan Sapi, Telupid

Fasa pertama projek tersebut telah menampakkan hasil positif, dengan pengeluaran “Beras Sabah” yang kini dikendalikan oleh Korperasi Pembangunan Desa (KPD).

Kerajaan Sabah turut berhasrat menghidupkan semula Lembaga Padi Sabah yang diabaikan hampir 40 tahun.

Pengumuman tersebut oleh Ketua Menteri Sabah pada awal Mei 2020 telah menerima sambutan baik para petani padi, termasuk veteran padi Datuk Albert Lim Chor Hen yang menjadi sosok di sebalik kejayaan skim “Bajak, Tanam dan Tuai” (Plough, Plant and Harvest- PPH) pada era 1990an.

Mungkin di masa akan datang, Sabah akan berjaya mencapai tahap 100%  saradiri dalam bidang pertanian padi.

Dengan kerja kuat dan ikhlas, bukan mustahil Sabah menjadi pengeksport padi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa suatu hari nanti.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

PN Teruskan Cukai Petroleum Yang Dimulakan Oleh Warisan, Pada Tahun Depan

Cukai Petroleum yang dimulakan oleh Kerajaan Warisan yang terdahulu akan dikuatkuasakan oleh kerajaan baru GRS-PN terhadap Petronas pada tahun...

Kenapa Geran Khas Petroleum Sabah Dikurangkang Separuh?

Seorang pemimpin Warisan telah mempersoalkan langkah Kerajaan Persekutuan mengurangkan jumlah pembayaran geran khas kepada Sabah.Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking berkata pentadbiran sebelum ini telah...

Ramai Mengadu Kelaparan, Ebit Hantar 10 Tan Makanan Ke Sabah

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah semalam selepas menerima banyak mesej meminta bantuan. Ebit Lew dalam perkongsian di laman...

Belanjawan 2021: Peruntukan Pembangunan Untuk Sabah Berkurang

Jumlah peruntukan pembangunan tahun 2021 untuk Sabah telah berkurang berbanding tahun 2020. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 semalam berkata, Sabah...

Keluarga Musa Dilantik Pengarah Yayasan Sabah?

Seorang ahli keluarga bekas Ketua Menteri Musa Aman telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah, dakwa beberapa sumber Bersatu hari ini.Menurut poster-poster ucapan tahniah yang...

More Articles Like This