29.9 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Mahkamah Arah Musa, Jahid Bayar RM80,000 Kepada Shafie

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Pemimpin UMNO Tan Sri Musa Aman telah diarah membayar RM60,000 kepada Datuk Seri Panglima Shafie Apdal, berikutan tindakan menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam kes mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid@Noordin Jahim juga menarik balik rayuannya terhadap perkara yang sama.

Jahid Jahim

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Jahid memaklumkan panel tiga hakim mengenai penarikan balik kedua-dua rayuan berkenaan pada Jumaat.

Dalam prosiding mahkamah yang berlangsung secara dalam talian, Firoz memohon menarik balik rayuan itu atas alasan keadaan telah berubah setelah pilihan raya negeri telah diadakan dan kerajaan negeri yang baharu telah dibentuk.

Beliau berkata, adalah lebih wajar untuk memberi tumpuan kepada keharmonian dan ekonomi negeri serta menyokong kerajaan baharu berkenaan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf yang mengetuai panel hakim itu kemudian membatalkan kedua-dua rayuan tersebut.

Beliau memerintahkan Musa yang diwakili peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad, membayar kos RM60,000 kepada Mohd Shafie dan Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, membayar kos RM20,000 kepada Mohd Shafie setelah peguam Datuk Dr Cyrus Das dan Datuk Douglas T. Lind yang mewakili Mohd Shafie memohon kos daripada mereka.

Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh dan Pegawai Undang-undang Chee Chun Yen dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah mewakili Gabenor Sabah, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Speaker DUN Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali dan Setiausaha Perundangan, Datuk Bernard J. Dalinting tidak memohon kos.

Dua lagi hakim ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.

Pada 26 Ogos tahun lalu, Musa dan Jahid memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi meneruskan rayuan berhubung hak jawatan Ketua Menteri Sabah setelah kes mereka ditolak di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Dalam prosiding pada Jumaat, Firoz juga memberitahu mahkamah bahawa Musa dan Jahid tidak boleh dikenakan kos kerana perkara itu merupakan kepentingan umum.

Das, bagaimanapun, berkata permohonan Musa dan Jahid untuk menarik balik rayuan tersebut agak lewat setelah masa telah ditetapkan untuk pihak-pihak mengemukakan hujah mereka.

Beliau berkata pertikaian antara Musa dan Mohd Shafie adalah berhubung hak untuk memegang jawatan Ketua Menteri yang merupakan pertikaian perlembagaan.

Sementara itu, Douglas berkata anak guamnya perlu diberikan kos kerana mereka hanya diberitahu mengenai penarikan pada 17 Mac lalu.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018 setelah memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kehilangan majoriti apabila beberapa ADUN daripada partinya (UMNO) dan komponen Barisan Nasional, UPKO, beralih memberi sokongan kepada Parti Warisan Sabah, yang dipimpin oleh Mohd Shafie.

Musa kemudian memfailkan saman pemula bagi mendapatkan perisytiharan mahkamah, antara lain, beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah seperti yang dilantik.

Musa Aman

Dalam samannya, Musa menamakan Juhar sebagai defendan pertama dan pengganti beliau, Mohd Shafie sebagai defendan kedua serta memohon perisytiharan bahawa pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei, 2018 adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Pada 7 November, 2018, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak saman Musa dan memutuskan bahawa pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah mengikut perlembagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie, ketika itu, kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Musa telah hilang keyakinan majoriti anggota Dewan apabila enam ADUN Sabah daripada BN-Sabah beralih memberi sokongan mereka kepada Mohd Shafie.

Rayuan Musa dan Jahid ditolak Mahkamah Rayuan pada 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This