31.2 C
Sabah
Sabtu, 25 Jun, 2022

Lebih 10 Bulan Tiada Kertas, JPN Sabah Masih Tunggu Stok Dari KL

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Beberapa cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sabah telah mengalami masalah kehabisan kertas sejak lebih sebulan yang lalu.

Menurut Edna Vilod yang berasal dari Penampang, beliau telah menunggu lebih sebulan untuk mencetak sehelai sijil lahir di UTC Kota Kinabalu.

UTC Kota Kinabalu.
(NORMIMIE DIUN/The Star)

Namun, JPN memaklumkan bahawa pihak Kerajaan mereka masih tidak mempunyai kertas.

Keluhan Edna Vilod

“Saya daftar awal bulan November. Tapi diberitahu tidak boleh dicetak sebab tiada kertas. JPN minta ‘follow up’ pada hujung bulan November.”

“Sekarang sudah bulan Disember. Kertas masih tiada sebab tunggu Kuala Lumpur.”

Tambah Edna, beliau berasa kecewa anaknya seolah-olah Pendatang Tanpa Izin kerana tidak mempunyai dokumen.

Beliau juga menzahir rasa simpati terhadap ibu bapa yang mengalami masalah sedemikian.

“Tak tahu lah ibu bapa lain sebelum dan selepas saya kena tunggu berapa lama.”

Selain Edna, Rabiatul Adawiyah yang berasal dari Kunak juga berkongsi pengalamannya.

Keluhan Rabiatul Adawiyah

“Anak saya lahir bulan 7. Saya balik-balik follow up juga dia boleh cakap belum cetak sampai sekarang.”

Di Papar, Qyranna Qyranna berkata pihaknya juga mengalami kesulitan yang sama sejak bulan Februari.

Keluhan Qyranna Qyranna

“JPN Papar. Saya bikin IC (tukar maklumat 2.2.2021). JPN bilang siap dalam masa dua bulan. Sekali setelah dua bulan berlalu, call JPN. Belum siap dia bilang. Bulan ketiga (Mei) telefon lagi, belum siap juga dia bilang.”

“Sekalinya sampai saat ini (bulan Disember) tiada khabar berita.”

Di Tuaran, Haritah Alhabsi juga mengalami pengalaman buruk yang seumpama.

Keluhan Haritah Alhabsi

“Kertas surat beranak habis di JPN Tuaran. Kami bawa balik resit saja.

“Ramai kali yang bersalin ketika PKP ni kan,” soalnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Guan Eng Temui Hajiji Untuk Rundingan, Akui Ahli Parlimen DAP

Ahli Parlimen DAP untuk kawasan Kota Kinabalu, Chan Foong Hin telah mengaku bahawa Pengerusi parti DAP, Lim Guan Eng...

DAP Raikan Kemasukan Bekas Calon Yang Hilang Deposit Dalam PRN 2020

DAP secara rasminya menerima seorang bekas calon yang hilang deposit dalam Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng melalui sebuah...

Mulai 1 April, Warga Asing Masuk Sabah Tidak Perlu Kuarantin Wajib

Orang ramai, termasuk warga asing yang memasuki Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib bermula 1 April, umum Kerajaan Negeri pada hari Selasa. Walau bagaimanapun, beberapa...

DAP Sabah Terima Tamparan, 2 Wakil Rakyatnya Sertai Warisan

DAP Sabah menerima tamparan hebat hari ini, apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti tersebut meninggalkan parti untuk menyertai Warisan secara rasmi. Mereka adalah...

GRS Benarkan Kayu Balak Sabah Ditebang, Dibawa Keluar Bermula 3 Jan

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah membuat keputusan untuk membenar kayu balak di Sabah ditebang dan dibawa keluar bermula minggu depan. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua...

More Articles Like This