31.4 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

Lagi Jawatankuasa Khas Ditubuh Untuk “Kaji Punca Banjir”

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Satu lagi jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengkaji masalah banjir kilat yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan beliau ini akan meninjau dan mengkaji punca sebenar banjir kilat yang sering berlaku.

“Apabila hujan lebat antara empat hingga lima jam, kita dapat lihat banjir kilat pasti berlaku namun kita tidak tahu punca sebenar masalah ini.”

“Jadi, kita akan buat kajian untuk mengenal pasti punca sekali gus mencari kaedah penyelesaian bersesuaian. Kita juga akan melakukan perubahan sekiranya terdapat pendekatan bersesuaian,” katanya di Kota Kinabalu hari ini.

Mengulas berkaitan situasi banjir yang berlaku di daerah Penampang baru-baru ini, Bung Moktar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dilaksanakan ketika ini menjadi satu daripada punca masalah banjir di sesetengah kawasan.

Beliau berkata, banjir turut mengakibatkan bekalan air di beberapa kawasan terputus ekoran loji rawatan air ditenggelami banjir.

“Proses pembersihan loji air yang berlumpur memerlukan sedikit masa untuk proses pembersihan serta mengganti bahagian yang rosak.”

“Sekiranya ada bahagian yang mengalami kerosakan, ia akan mengambil masa kira-kira sebulan untuk diganti baharu kerana peralatan ini perlu ditempah daripada luar negara.”

“Bagaimanapun, kita berharap tiada bahagian yang rosak teruk dalam kejadian banjir baru-baru ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This