31.4 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

Kerajaan Mungkin Beri Kewarganegaraan Kepada Penerima Vaksin Di Sabah

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkemungkinan memberi kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah dan Sarawak, termasuk dalam kalangan Orang Asal yang belum memiliki dokumen identiti diri.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said berkata, kementerian telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Status Warganegara Peringkat Negeri Sarawak untuk meneliti urusan dokumentasi bagi individu yang tidak berdokumen berumur 21 tahun ke bawah di negeri itu sementara bagi negeri Sabah, ia dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS).

“Kita harap kerjasama ini dapat diteruskan bagi memastikan semua individu yang diberitahu oleh Yang Berhormat dapat diberikan (dokumen) identiti mereka dan kita telah tukarkan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan pada 2015 kepada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) dengan (pasukan) ‘mobile’ kita akan turun ke pedalaman.”

“Kita juga mengalu-alukan kementerian lain untuk memberikan data,” katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat pada hari Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai langkah kementerian pada masa depan untuk mengesan dan jangka masa untuk populasi berkenaan diberikan hak kewarganegaraan.

Lukanisman turut meminta menteri menyatakan tindakan proaktif kerajaan terhadap maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri terutama sekali di Sarawak dan tindakan mengenai isu individu tanpa dokumen pengenalan diri.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa mengambil inisiatif dan langkah proaktif dalam memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman melalui inisiatif Mekar.

“Semasa pemeriksaan OP Patuh, kementerian ini sentiasa menasihatkan semua pihak terutamanya majikan untuk memastikan setiap pekerja yang digajikan adalah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

“Majikan turut dinasihatkan supaya meregularisasikan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memastikan semua pekerja adalah berdokumen dan mendapat akses kepada vaksinasi Covid-19,” katanya.

2 COMMENTS

  1. Biarkan saja tu, bagi GRS itu adalah satu peluang menambah pengundi bila PRN nanti. Maka betullah seperti menteri KDN itu menjawab DSSA, mana mahu simpan tu pemegang kad 🐦 dan kad Banci. Tak kan kita orang nak biarkan keadaan ini berlarutan. Kita kena bagi peluang bagi mereka sebarang bentuk pengenalan TERMASUK berikan mereka WNM. Dulu diorang kecam habis Warisan dan tuduh party itu mesra PTI. Sekarang, dengan terus terang dan tanpa dalih, Hamza Jainudin sendiri cakap pasal rancangan itu. Itu barulah monyet. Pemimpin GRS seperti DDJK yg suatu ketika dulu lantang bercakap pasal PTI, sudah kehilangan loloq nya. Sekarang beribu-ribu dalih Timbalan KDN buat untuk cover menteri dia. Patut dia letak jawatan dan jadi aktivis banteras PTI di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This