29.4 C
Sabah
Rabu, 23 Jun, 2021

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Must Read

“Melampau”, “Cara Semenanjung”, Kata Sabahans Berkenaan Cadangan Troli Berasingan

Laporan asal ini pernah disiarkan dalam surat khabar tempatan Daily Express pada 12 November 2015. Laporan asal dalam Bahasa Inggeris...

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan.

Menurut sebuah laporan akhbar The Vibes, Jeffrey yang merujuk kepada pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dipetik sebagai berkata, jaminan kepada Sabah dan Sarawak termaktub dalam Perkara 161(E).

“Kalau kamu lihat Perkara 161E, di situ dinyatakan bahawa tiada pindaan boleh dibuat tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak.”

Sebagai rekod, kedudukan Sabah dan Sarawak telah diturunkan pada tahun 1976, apabila Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Tun Hussein Onn, berjaya mendapatkan persetujuan Ketua-ketua Sabah dan Sarawak untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai salah satu daripada 13 negeri di Malaysia.

Pada tahun 2019, Pakatan Harapan dan Warisan telah berusaha mengembalikan kedudukan asal Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

Walau bagaimanapun, pindaan tersebut gagal kerana tidak mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan UMNO Sabah.

Tambah Jeffrey, perkara ini boleh diusahakan sekali lagi, tetapi ini bukan masanya.

“Perkara (mengembalikan kedudukan asal Sabah) ini boleh dibawa ke Jawatankuasa Kabinet berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 untuk dibincangkan antara Putrajaya dan Sabah Sarawak. Tetapi ini bukan masanya.”

2 COMMENTS

  1. Kau siapa o jeffry..3juta penduduk sabah..kau seorang bilang bukan masa nya… bodoh kau ini..ada peluang mau tekan federal tapi kau memilih untuk jadi keldai…kau siapa o…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Menteri PPBM Dan Bekas Ketua Menteri UMNO Menjadi Mangsa Banjir

Seorang Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan seorang lagi bekas Ketua Menteri dari UMNO telah menjadi mangsa...

WARISAN Junjung Titah Agong, Sokong Parlimen Bersidang Segera

Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong pandangan dan keputusan Majlis Raja-raja agar darurat tidak dilanjutkan serta Parlimen perlu bersidang dengan kadar segera. Melalui sebuah kenyataan media...

Jeffrey Kitingan Minta Agung Sambung Darurat

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mahu proklamasi darurat yang dijadual tamat pada Ogos depan dikekalkan hingga keadaan situasi penularan COVID-19 di negara ini benar-benar...

Agong Tak Sebut Bila Parlimen Perlu Bersidang, Kata Menteri PAS

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menyebut tarikh di mana Parlimen harus bersidang, dakwa Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin...

Darurat Tidak Perlu Disambung, Kata Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja Melayu berpandangan bahawa tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas Ogos. Selain Yang di-Pertuan Agong, Al-SuItan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, sesi perbincangan...

More Articles Like This