29.9 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Kapten, Pemain-pemain Utama Sabah FC Digugur Kerana Bangkitkan Isu Gaji Tertunggak

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Dua tonggak utama Sabah Football Club (FC) dipercayai digugur dari senarai pasukan bagi menghadapi Penang FC dalam saingan Liga Super di Pulau Pinang, Ahad ini.

Pemain-pemain terbabit ialah ketua pasukan Rawilson Batuil dan pemain tengah Mohd Azzizan Nordin, dipercayai tidak bersama-sama pasukan yang berlepas ke Pulau Pinang semalam kerana membangkitkan isu gaji tertunggak.

Sumber dalaman Sabah FC berkata, Rawilson dan Azzizan antara pemain yang bersuara mengenai gaji yang sebelum ini tertunggak dua bulan.

“Memang betul mereka (Rawilson dan Azzizan) ditinggalkan. Ia ada kaitan dengan isu gaji tertunggak sebelum ini.”

“Mereka juga antara yang bersuara mengenainya (isu gaji) sehingga sesi latihan pasukan dibatalkan semalam,” katanya kepada Arena Metro.

Pemain-pemain Sabah FC boikot latihan, akibat isu tunggakan gaji

Sumber itu turut berkata, gaji pemain yang tertunggak itu dibayar, namun untuk sebulan sahaja.

“Baru sebulan (gaji yang tertunggak) dibayar, sebulan lagi belum masuk,” katanya.

Ketiadaan dua pemain utama itu bersama pemain berpengalaman Maffry Balang dalam senarai Sabah FC ke Pulau Pinang menjadi tular di media sosial hari ini.

Beberapa Facebook kelab penyokong pasukan itu mendakwa tiga pemain terbabit diketepikan pihak pengurusan kerana ‘bersuara’ mengenai gaji.

Terdahulu semalam, sesi latihan Sabah FC terbatal dipercayai ada kaitan dengan isu gaji pemain yang dikatakan tertunggak dua bulan.

Sumber dalam pasukan berkata, latihan sepatutnya bermula jam 4 petang, namun selepas perbincangan hangat di kalangan pemain dan barisan kejurulatihan, sesi berkenaan kemudian dibatalkan.

Ahli politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Football Club (FC), Khairul Firdaus Akbar dalam satu kenyataan mengaku terdapat kelewatan pembayaran gaji.

Pemimpin PPBM yang dilantik CEO Sabah FC

“Memang diakui berlakunya beberapa kelewatan pembayaran gaji, namun ianya tidak pernah tertunggak lebih dari satu bulan.”

Dengan tindakan yang diambil terhadap Rawilson dan Azzizan, ia sekadar mengiakan apa yang diviralkan sememangnya betul.

Benarlah kata pepatah, “bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru”.

36 COMMENTS

  1. kesiannya ..hilang sudah demokrasi dalam bolasepak , selalunya terjadi dalam politik . sekarang ia berlaku dalam sukan bolasepak , siapa yg tak marah gaji tak kena bayar . Jgn salahkan mereka yg tetunggak gaji jika sampai sudah tahap utk viralkan isu gaji tak dibayar . Ia adalah pengajaran buat pihak pengurusan agar sentiasa beringat utk jaga kebajikan pemain . Nasiblah hanya digugurkan , kalau dlm politik pasti mereka ni ditahan dalam lokap .

    • Sabah fc tidak ada maju dan meletakkan nama SABAH FC antara club bola sepak yg termundur dlm mana2 club bola sepak dunia selagi di politik kan dan di niaga kan…. Tindakan ceo ppbm ni antara bukit yg sngat ketara sukan dan politik menjadi masalah jikalau di kendalikan org yg tidak sepatutnya..

    • Kesian.kenapa di gugurkan..Hero tu…Apa pun sy sebagai Anak jati sabah..Gaji tu biarlah Setaip bulan Dibayar kepada Player Amanah dan Janji itu harus ditepati… Kerana Itu adalah satu Moral…Utk pemain..Semangat pasti ada kalau gaji dan Kebajikan di jaga…tapi kalau Gaji Tertunggak Jadi permainan pun Tertunggak lah Moral tiada ..
      Percaturan pemain juga harus ada …

      Sugest kami peminat Bolasepak sabah cuba Tukar organisasi…

  2. Laaa komplen pasal gaji, pemain kena gugur….undang2 mana dorang pakai ni…patut nya syukur la pemain masih mau main walau gaji x d bayar…. tu, CEO tu yg kena step down, dia , bukan pemain gagal…jawabnya kalah lagila malam ni🤦‍♂️

  3. Boleh pula SAFA ni anjur piala bung mokthar, yang dikatakan menelan belanja sehingga rm400,000.00. Jumlah tersebut bolehlah bayar gaji pemain yang tertunggak lebih dari 3 bulan.

    Malah SAFA yang terdesak ini, buat mesyuarat agung meminda perlembagaan supaya Bung Moktar boleh jadi presiden, walaupun ada kes mahkamah.

    Apalah nasib SAFA ini yang terus malang. ibarat mati, ditetak putus, dicincang dan diblender. Hancor!

  4. Jgn slhkn pemain lh,pemain ada hak bersuara klau x kna byr gji lh…klau pngurusan lancar,baik dan mantap takan pemain mau complaint psl gji2 ni…sptuttnya bhgian pengurusan lh yg ptut di slhkn…ada otak fikir2knlh…

  5. Actually, soal gaji tertunggak for footballers in Sabah nie happening since 10 years ago or more. So if team kalah, well, paham2lah. Players dah tiada semangat nak main betul2. Simple as that.

  6. Isu gaji bukan hal yg remeh. Cuba kamu fikir betul2 diorg ni pun byk komitmen juga ba. Cuba kamu punya gaji kena tunggak kamu x mengamuk meh.😡😡

  7. itu hak drg ba mw tuntun gaji drg..kita harap pihak pengurusan on time bayar gaji pemain..drg pn ada anak bini mw ka c makan.apa pn alasan pengurusan club..gaji tetap gaji sbb sdh sign kontrek dgn pemain..pigi mana jga ba kos utk pembayaran gaji utk player tu?kenapa ba sabah dulu smpi skrg x pernah ubah cara gaji player? pemain tiptpop pn sama jga gaji lambat masuk..tulung la.

  8. Hmmm..klw begitu,Suruh tu CEO yg pi main bola ganti player yg sedia ada,klw bulih..Bawa tu Staff yg buat air,medic team,budak “MiLO,Tukang putung rumput stadium jadi pemain simpanan klw kekurangan pemain..dapat juga durang bersenam..

  9. Sampai bila2 pun pasukan sabah tidak akan maju kalau pengurusan dari golongan politik… Kita kena belajar dari pasukan JDT… Mcmna mau MakN bayar hutang klau 2 bln tak bayar gaji..

  10. Soal gaji mestilh nak tepat dn cepat pda msanya, itu SALAH SATU PEMBERI PEMAIN UNTUK TERUS SEMANGAT LATIHAN DAN MAJU KE DEPAN. Kau pemimpin tiada duit kau mau ka buat kerja kamu? Untuk muka sendiri saja lhaa!!

  11. Jangan salahkan kalau selepas ini ada syarikat, jutawan atau mana2 peminat akan beralih kepada kelab2 tidak lagi dengan pasukan bola negeri.

    Azab lah wei kalau kau disergah masuk padang main, sedangkan anak bini nak makan apa? Bukan setakat perut nak isi, ke sekolah dan berubat tu pun perlu duit juga.

    Hajiji umum 93 juta untuk covid. Bong Moktar pula anjur bola hampir setengah juta. Pesta Kaamatan Negeri pun sudah start nak anjur. Takkan korang berpesta, ada yang menunggu mati kelaparan? Takkan lah korang boleh terlepas pandang hal macam ni?

    #kitajagakita
    #pemimpinjagaduit
    #safabodoh

    • Paloi lah letak Ahli politik uruskan pasukan bola sepak..bagus dorg pigi tengok permasaalah rakyat di kawasan dun/perlimen.. Ini lah bahana lantikan politik

  12. Ala tak boleh ringankan hukuman tu kah pengurusan sabah fc.jgn kerna silap satu mereka di hujum teruk kena juga ingat jasa pengorbanan mereka yang lepas.

  13. Penyokong SABAH FC kita mesti satu hati boikot SABAH FC di setiap perlawanan yng di adakan di likas biar lalat yng tengo. Politikus telah hancur kan Masa depan SABAH FC

    • Lambat sehari bayar gaji kena denda kan ikut law buruh ni. Kalau lambat 2 bulan berapa fine dah tu per person 🤣🤣🤣.

  14. Kami bantah dan kutuk sehabis habisnya pengguguran pemain2 sabah yg sangat berpotensi..saya sokong kalau yg tdk byar gaji itu yg digugurkan dari jawatannya..cara beginii menghancurkan karier orang sabah

  15. Time datuk peter antony jadi president sabah fc dan handry sebagai pengurus sabah fc.. boleh d katakan malah kita lihat sendiri bnyàk perubahan yg d lakuan.. malah DPA pernah berkata beliau tdk akan sesekali melibatkan politik dlm urustakbir pengurusan bola sepak terutamanya sabah fc utk kepntingsn peribadi dan pati politik. Juga tdk perna para pemain sabah fc merungut tentang gaji. Malah setiapa kemenangan sabah d liga perdana pasti ada habuan dri club sabah fc yg telah d sediakan.. sememang nya semangat para pemain pasti nelinjak naik..

  16. Ada peluang wakil la club bola sepak lain…ini saja cara supaya bakat dan rezeki tidak terkubur begitu saja…

  17. Ini la terjadi kalau tukang sorak jadi pengurus….jauh mcm langit sama bumi..kalau tidak berkebolehan mengurus letak la jawatan..jgn kejar glamour saja

  18. Dari dulu sampai sekarng mmg xda kemajuan bola sepak sabah ni, di sebabkan pentadbiran pihak atasan yg lemah,jadikan JDT sebagai contoh jika nk bola sepak sabah maju ke hadapan.

  19. Aya, bagus2 sudah ada 3 hero, sekarang kalau diorang tiada susah tu. Gaji tu bayar la. Yg pengurus pun klu x kena gaji pandai menganas juga tu ei.

  20. Klu Sabah FC mempunyai pengurus berpengalaman dlm sukan bolasepak, ianya pasti akn maju kehadapan. Klu pengurus ini dri org POLITIK, sudah tentu tidak ada kesudahannya.
    #HAMPEEEE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This