Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah diberi kuasa untuk menentukan siapa yang layak untuk menerima kad warga asing.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pada hari Jumaat berkata, satu unit menerusi Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) akan ditubuh untuk tujuan tersebut.
“Pendigitalan PTI ini sedang berjalan dan ianya telah pun dibentang di dalam Kabinet serta dipersetujui.”
“Kerajaan Negeri juga telah berbincang dengan Kerajaan Pusat dan mereka (Kerajaan Pusat) bersedia untuk menurunkan kuasa bagi tujuan pendaftaran kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
Tambah Jeffrey, langkah berkenaan bagi memastikan terdapat semak dan imbang antara kedua-dua Kerajaan Negeri dan Pusat berhubung pengeluaran kad kepada warga asing yang akan dilaksanakan selepas pendigitalan Pendatang Tanpa Izin (PTI) selesai dijalankan.
Untuk rekod, Jeffrey merupakan antara pengkritik utama pendaftaran PTI.
Sebelum berkuasa, beliau pernah mendesak agar IC Sabah dilaksanakan untuk membezakan warga tempatan dengan PTI.
Selain terlibat dalam demonstrasi Black Sunday yang bertujuan menentang usaha-usaha, Jeffrey juga sering mendesak PTI dihantar kembali ke negara asal tanpa kompromi.