25.4 C
Sabah
Selasa, 21 Mac, 2023

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

“Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini,” kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak.

Beliau di antara 23,000 doktor kontrak di seluruh negara, dan salah seorang peserta #HartalDoktorKontrak yang berlangsung pada hari Isnin, 26 Julai 2021.

Di Sabah, beberapa hospital juga terlibat.

Di antaranya Hospital Likas, Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Besar Tawau.

Hospital Likas

Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Hospital Besar Tawau

Perlu diketengahkan di sini bahawa doktor-doktor kontrak yang menyertai #HartalDoktorKontrak telah melakukannya ketika waktu rehat. Sebahagian pula sedang “off duty” ketika hartal berlaku.

Sementara itu, doktor-doktor kontrak yang bertugas tetapi menyokong kempen ini telah menyatakan sokongan melalui mesej-mesej di media sosial, agar tanggungjawab terhadap pesakit tidak terabai.

Nurshafinaz yang bertugas sebagai doktor tetap di Hospital Besar Tawau berkata sedemikian dalam Facebook hari ini.

 

“Saya dan doktor-doktor lain bertugas di dalam wad untuk memastikan pesakit-pesakit tidak terabai, sementara doktor-doktor kontrak menyertai hartal.”

“Tiada pesakit yang terabai. Tiada.”

Meskipun Nurshafinaz seorang doktor tetap, beliau memahami nasib dan kesusahan yang dihadapi oleh doktor-doktor kontrak.

Punca Masalah Dijejak Ke Tahun 2016

Masalah yang dihadapi oleh doktor-doktor kontrak selama ini berkisah tentang ketidakadilan terma-terma penjawatan.

Pada tahun 2016, sebuah polisi yang bermasalah telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan pada ketika itu.

Datuk Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri S Subramaniam dan Tan Sri Noor Hisham Abdullah merupakan pemimpin paling kanan dalam Kementerian Kesihatan ketika polisi bermasalah ini dikuatkuasakan.

Najib, Subramaniam dan Noor Hisham berketawa

Berbeza dengan tawaran-tawaran penjawatan sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan sistem kontrak kepada doktor-doktor yang baharu.

Menurut doktor-doktor yang terkesan, kontrak ini pada asalnya merupakan penyelesaian jangka masa pendek kepada ketidakmampuan kerajaan menyerap doktor-doktor ke dalam sistem penjawatan awam.

Namun, oleh kerana penyelesaian jangka masa panjang tidak diikhtiarkan, masalah tersebut tidak diselesaikan. Ia hanya diketepikan buat sementara, sebelum ianya muncul semula dari masa ke semasa.

Menteri Kesihatan sekarang, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada bulan Jun lalu mengakui bahawa antara Disember 2016 hingga Mei 2021, sejumlah 23,077 doktor telah diserap melalui sistem kontrak.

Daripada jumlah tersebut, hanya 3.47% (789 doktor) diserap secara tetap dalam penjawatam awam. Nasib dan masa depan lebih 22,000 doktor-doktor kontrak lain masih tidak terjamin.

Terma-terma Tidak Adil

Menurut Persatuan Malaysia (MMA), doktor-doktor kontrak tidak mempunyai hak-hak atau keistimewaan-keistimewaan yang dirasai penjawat-penjawat awam lain.

Doktor-doktor kontrak tidak mempunyai cuti bersalin, cuti belajar, pinjaman skim perumahan ataupun peluang naik pangkat.

Malah, kos-kos latihan perubatan juga perlu ditanggung oleh doktor-doktor kontrak sendiri.

Mereka tidak diberi peluang menjadi pakar perubatan, kerana kemasukan ke kursus-kursus Sarjana (Master’s) di Institusi Pengajian Tinggi Awam terhad kepada penjawat awam.

Bagi mengeruhkan lagi keadaan, polisi-polisi pelanjutan kontrak juga tidak jelas. Perkhidmatan doktor-doktor kontrak boleh ditamatkan apabila kontrak tamat. Kerajaan tidak mempunyai tanggungjawab untuk melanjutkan kontrak-kontrak doktor kontrak

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan berpuluh ribu doktor berasa bimbang dengan masa depan mereka.

Disebabkan keadaan sebegitu, doktor-doktor kontrak terpaksa berpindah ke hospital swasta ataupun luar negara.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, tidak boleh dinafikan bahawa doktor-doktor telah mengalami keletihan melampau.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di antara 21 April 2020 sehingga 20 Mei 2020 mendapati, daripada 933 kakitangan perubatan yang dikaji, sekitar 54% daripada mereka sudah mengalami simptom-simptom keletihan melampau.

Kajian tersebut dilakukan ketika negara hanya mengalami pandemik selama tiga bulan.

Setakat ini, Malaysia sudah berhadapan dengan pandemik Covid-19 selama 16 bulan. Malah jumlah kes kumulatif Covid-19 sudah melebihi aras 1 juta.

Sudah hampir pasti, lebih ramai doktor-doktor dan kakitangan perubatan mengalami keletihan yang melampau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Tun Juhar Dilantik Semula TYT, GRS Terpaksa Akur

Tun Juhar Mahiruddin akan meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat. Pelantikan itu sekaligus me­nyaksikan Juhar meme­gang...

Masidi Akui, 6 Calon GRS Sebenarnya Ahli Bersatu

Sekeping surat dari Datuk Seri Masidi Manjun selaku Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu...

Pemimpin Parti Malaya Dilantik Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik seoramg pemimpin parti Malaya sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Menerusi pengumuman khas yang...

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hilang kuasa di Sabah. Kerajaan...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

More Articles Like This