23.9 C
Sabah
Rabu, 28 September, 2022

Hajiji: Kenaikan Gaji Kami Penting Untuk Membantu Rakyat

Must Read

Dibangunkan Oleh Warisan, Kilang Minyak Masak Tempatan Ditutup Di Zaman GRS

Sebuah kilang minyak masak berjenama tempatan yang agak popular dalam kalangan rakyat Sabah telah ditutup di bawah pentadbiran Gabungan...

Jeffrey: Harga Getah Di Luar Kawalan Kerajaan, Jangan Salahkan Saya

Harga getah berada di luar kawalan kerajaan, oleh itu, para pekebun kecil getah diminta supaya tidak menyalahkan GRS, demikian...

GRS Bukan Parti Sabah, Bos Mereka Di KL, Kata Pemimpin GPS

Penguasaan Sabah oleh parti bukan tempatan menghalang usaha Sarawak dan Sabah bekerjasama dalam hal-hal berkenaan hak di bawah Perjanjian...

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mempertahankan kenaikan gaji yang dicadang dan dilulus oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya semalam, kenaikan gaji untuk dirinya, tiga orang TKM, para Menteri dan wakil rakyat adalah langkah yang penting untuk membantu rakyat.

“Inilah budaya kita di Sabah sekarang ini setiap hari wakil rakyat akan dikunjungi oleh rakyat mereka. Saya setuju setengahnya mungkin gaji yang diterima ini, emolumen ini tidak cukup untuk membantu rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mengambil inisiatif untuk menaikkan kadar emolumen supaya dapat meringankan sedikit beban kewangan yang dipikul oleh wakil-wakil rakyat dan anggota-anggota Kabinet Sabah.

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 bagi kenaikan emolumen atau gaji Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran DUN Sabah telah dilulus semalam.

Berdasarkan kenaikan itu, gaji yang diterima Ketua Menteri Sabah dinaikkan kepada RM33,033 berbanding RM23,595 sebelum ini.

Gaji Timbalan Ketua Menteri pula dinaikkan kepada RM29,221.50 berbanding RM20,872.5 sebelum ini.

Bagi gaji Menteri dan Speaker pula, kadar yang baharu ialah RM22,869 berbanding RM16,335 sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

GRS Tagih Semula Sewa Tapak Pasar Malam PKP Tahun Lepas

Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah bertindak mengutip semula sewa tapak penjaja semasa Perintah Kawalan...

Dibangunkan Oleh Warisan, Kilang Minyak Masak Tempatan Ditutup Di Zaman GRS

Sebuah kilang minyak masak berjenama tempatan yang agak popular dalam kalangan rakyat Sabah telah ditutup di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menurut seorang sumber,...

Kereta Rosak Akibat Lubang Jalan, Lelaki Menang Saman Terhadap Kerajaan

Seorang lelaki telah memenangi tuntutan pampasan terhadap sebuah majlis tempatan, selepas keretanya mengalami kerosakan akibat lubang jalan raya. Fahrurrazi Hamid telah membawa tuntutan terhadap Majlis...

Jeffrey: Harga Getah Di Luar Kawalan Kerajaan, Jangan Salahkan Saya

Harga getah berada di luar kawalan kerajaan, oleh itu, para pekebun kecil getah diminta supaya tidak menyalahkan GRS, demikian kata Menteri Pertanian dan Perikanan,...

Jangan Benci Parti Malaya, Kata Pemimpin Parti Malaya

UMNO Sabah Mahu KDMR Berhenti Membenci Parti Malaya UMNO Sabah mahu etnik Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) berhenti membenci parti-parti politik yang berpengkalan di Malaya. Ketika...

More Articles Like This