27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

GRS Patut Dipuji, Kata Orang Kuat Musa Selepas Pelancaran Semula Projek Warisan

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Seorang penyokong tegar Tan Sri Musa Aman telah hari ini menuntut supaya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipuji, selepas kejayaan GRS melancar semula projek pelaburan Warisan.

Zulkarnain Mahdar yang juga merupakan Ketua sebuah NGO pro-UMNO berpandangan, bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah gagal membawa pelaburan ke Sabah, walaupun pelaburan yang baru-baru ini dilancar semula oleh GRS merupakan projek Warisan.

“Sejak beberapa hari yang lepas pimpinan Warisan telah menyerang secara bertubi-tubi Kerajaan GRS kononnya telah mengambil kredit hasil projek yang telah dibawa masuk ke Sabah oleh Shafie Apdal dan Warisan.”

“Harus diingat melalui fakta yang sahih selepas hampir 26 bulan Warisan Plus dan Mohd Shafie mengetuai pentadbiran Sabah, tidak ada satu pun syarikat yang berjaya melaksanakan projek berskala besar atau kecil.”

Semakan mendapati ‘fakta’ yang diketengahkan oleh Zulkarnain adalah tidak tepat.

Hakikatnya, pelaburan Lok Kawi Resort City yang bernilai RM7 bilion telah termeterai pada bulan 3 Julai 2020.

Laporan FMT

Namun, tidak sampai sebulan selepas pelaburan tersebut termeterai, Dewan Undangan Negeri Sabah telah terbubar pada 30 Julai 2020, ekoran episod katak-katak yang beralih sokongan kepada Musa Aman.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah menerima perkenaan TYT Tun Juhar

UMNO, PPBM, PBS, STAR dan PBRS yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya merampas kuasa pada bulan September 2020.

Enam bulan kemudian pada bulan Mac 2021, GRS telah membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah untuk menyaksikan pelancaran semula Lok Kawi Resort City yang telahpun termeterai.

Lok Kawi Resort City yang dimulakan oleh pentadbiran Shafie akan melihat suatu kerjasama terjalin di antara Yayasan Sabah dengan Tegas Bangsa Sdn Bhd (sebuah anak syarikat Pavillion).

Yayasan Sabah akan memainkan peranan melalui pengeluaran tanah seluas 391 ekar untuk dimajukan sebagai Lok Kawi Resort City.

TBSB selaku pemaju pula, akan membangunkan tempat tersebut dan menjual hartanah-hartanah yang dibangunkan.

Selesainya projek tersebut, Yayasan Sabah akan berhak mendapat pembayaran minimum sebanyak RM840 juta daripada nilai keseluruhan pelaburan tersebut.

Pelaburan strategik ini selain mampu meningkatkan taraf ekonomi lawasan Putatan, Kerajaan Negeri Sabah melalui Yayasan Sabah juga akan menerima hasil bagi melaksanakan program-program rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This