25.4 C
Sabah
Selasa, 21 Mac, 2023

GRS Bukan Parti Sabah, Bos Mereka Di KL, Kata Pemimpin GPS

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Penguasaan Sabah oleh parti bukan tempatan menghalang usaha Sarawak dan Sabah bekerjasama dalam hal-hal berkenaan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditanya oleh wartawan pada bulan Mei yang lalu.

“Semua orang tahu pentadbiran Sabah di bawah penguasaan parti bukan tempatan,” katanya merujuk UMNO dan Bersatu yang menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Dan ‘bos besar’ mereka bukan dari Sabah,” katanya sambil menambah apabila keputusan penting atau perkara dasar seperti MA63 diperlukan, Menteri dari UMNO dan Bersatu akan merujuk “bos besar” mereka terlebih dahulu.

Mesyuarat GRS

Karim berkata, dalam diri mereka, pemimpin Sabah sebenarnya mahu menjadi seperti rakan mereka di Sarawak.

“Saya percaya Sabah cukup iri hati dengan Sarawak, kawalan penuh yang kami Sarawak ada,” katanya merujuk kepada pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai kawalan penuh di Sarawak.

GPS terdiri daripada parti-parti tempatan, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Karim yang juga Menteri di Sarawak dan ahli Jawatankuasa Perundingan MA63 menambah, keadaan mungkin berubah selepas Pilihan Raya Umum.

Walaunpun tidak mahu campur tangan dalam hal Sabah, Karim ingin melihat wilayah-wilayah di Borneo bebas membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Semenanjung.

Sejak kebelakangan ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjelajah ke beberapa tempat bagi membuat persiapan menjelang PRU.

Dalam ucapan-ucapan yang dibuat, pemimpin-pemimpin GRS telah membuat propaganda kononnya GRS merupakan parti tempatan.

1 COMMENT

  1. Setuju sgt apa yg d suarakan oleh Dtk Seri Abdul Karim Rahman…GRS d tunjungi oleh pemimpin malaya . Menteri2 GRS tdk ada kuasa membuat keputusan kecuali arahan dri malaya…pemimpin2 GRS umpama budak pejabat menteri persekutuan ( umno dn PPBM ) malah mngkin sja mau masuk tandas pun minta izin dri memteri malaya…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Tun Juhar Dilantik Semula TYT, GRS Terpaksa Akur

Tun Juhar Mahiruddin akan meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat. Pelantikan itu sekaligus me­nyaksikan Juhar meme­gang...

Masidi Akui, 6 Calon GRS Sebenarnya Ahli Bersatu

Sekeping surat dari Datuk Seri Masidi Manjun selaku Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu...

Pemimpin Parti Malaya Dilantik Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik seoramg pemimpin parti Malaya sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Menerusi pengumuman khas yang...

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hilang kuasa di Sabah. Kerajaan...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

More Articles Like This