24.5 C
Sabah
Sabtu, 25 Jun, 2022

GRS Benarkan Kayu Balak Sabah Ditebang, Dibawa Keluar Bermula 3 Jan

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah membuat keputusan untuk membenar kayu balak di Sabah ditebang dan dibawa keluar bermula minggu depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan pada hari Isnin.

“Suatu jawatankuasa yang terdiri daripada Persatuan Balak Sabah, Persatuan Industri Balak Sabah serta agensi-agensi kerajaan yang berkenaan akan menentukan kuota penebangan balak dari hutan-hutan asli.”

Terdahulu, sumber telah berkata bahawa Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Hajiji Noor telah meluluskan sebuah Program Eksport Balak.

Melalui surat rasmi bertarikh 21 Disember yang dikongsi kepada inisabahbah.com, Frederick telah memaklumkan kepada pegawai-pegawai perhutanan bahawa Program Eksport Balak akan berkuatkuasa bermula 3 Januari 2022, sekaligus menarik balik larangan mengeksport balak yang dilaksanakan sejak Mei 2018.

Untuk rekod, larangan mengeksport kayu balak merupakan polisi yang dilaksanakan oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal sejak tahun 2018.

Shafie berkata, kerajaan yang dipimpin oleh beliau mahu memastikan kayu balak dari Sabah dikekalkan di Sabah, agar industri-industri hiliran dan kilang boleh dibangunkan, demi mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

1 COMMENT

  1. Global warming that a warning…. Berlaku bencana Alam yang teruk… Sudah separuh Dari sabah menjadi ladang kelapa sawit…. Sabah hanya mempunyi 1/5 kawasan hutan…. Hutan peliharaan 10% adakah kerajaan boleh menanggung masalah Alam yang bakal terjadi hasil Dari pemusnahan hutan…. ??

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Guan Eng Temui Hajiji Untuk Rundingan, Akui Ahli Parlimen DAP

Ahli Parlimen DAP untuk kawasan Kota Kinabalu, Chan Foong Hin telah mengaku bahawa Pengerusi parti DAP, Lim Guan Eng...

DAP Raikan Kemasukan Bekas Calon Yang Hilang Deposit Dalam PRN 2020

DAP secara rasminya menerima seorang bekas calon yang hilang deposit dalam Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng melalui sebuah...

Mulai 1 April, Warga Asing Masuk Sabah Tidak Perlu Kuarantin Wajib

Orang ramai, termasuk warga asing yang memasuki Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib bermula 1 April, umum Kerajaan Negeri pada hari Selasa. Walau bagaimanapun, beberapa...

DAP Sabah Terima Tamparan, 2 Wakil Rakyatnya Sertai Warisan

DAP Sabah menerima tamparan hebat hari ini, apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti tersebut meninggalkan parti untuk menyertai Warisan secara rasmi. Mereka adalah...

GRS Benarkan Kayu Balak Sabah Ditebang, Dibawa Keluar Bermula 3 Jan

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah membuat keputusan untuk membenar kayu balak di Sabah ditebang dan dibawa keluar bermula minggu depan. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua...

More Articles Like This