34 C
Sabah
Rabu, 23 Jun, 2021

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Must Read

“Melampau”, “Cara Semenanjung”, Kata Sabahans Berkenaan Cadangan Troli Berasingan

Laporan asal ini pernah disiarkan dalam surat khabar tempatan Daily Express pada 12 November 2015. Laporan asal dalam Bahasa Inggeris...

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah ke pentas dunia.

Ini berikutan sindiran oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada tahun lalu, bahawa wujud unsur-unsur penyelewengan dalam pinjaman RM300 juta oleh Bank Pembangunan Sabah (SDB) kepada syarikat penerbangan tersebut.

Sebagai latar belakang, Warisan telah meluluskan pinjaman RM300 juta oleh Bank Pembangunan Sabah (SDB) kepada Air Asia pada Julai 2020, ketika masih berkuasa.

Pada bulan September 2020, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri.

Sebulan selepas berkuasa, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat proses pinjaman tersebut.

Laporan Daily Express mengenai pinjaman RM300 juta oleh SDB kepada AirAsia

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan yang baru dilantik sebagai Menteri Pertanian menambah, pinjaman tersebut kononnya akan membawa masalah besar kepada Sabah.

Pinjaman kepada AirAsia membawa masalah besar kepada Sabah, dakwa Jeffrey

Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah, telah pada ketika itu mempertahankan pinjaman kepada Air Asia.

Beliau telah mengalu-alukan siasatan SPRM untuk membersihkan namanya.

Selain itu, Datuk Junz Wong yang merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah juga tampil mempertahankan pinjaman tersebut.

Mengikut Junz, keputusan tersebut adalah langkah menang-menang untuk Air Asia dan Sabah.

”Produk-produk Sabah sebenarnya mempunyai permintaan luas di negara-negara jiran.”

”Saya semasa menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan selalu pergi ke Semenanjung, Singapura, China, Indonesia dan sebagainya untuk tujuan kerja. Produk-produk kita memang laris dan habis terjual di sana.”

“Amat malanglah jika Sabah yang berpotensi jadi juara serantau, akhirnya terpaksa jadi juara kampung kerana GRS sememangnya ingin terus bodohkan Sabahans buat selama-lamanya.”

Selepas dikecoh di seluruh Sabah, akhirnya pada Januari 2021, SPRM telah membersihkan nama Warisan.

Bank Pembangunan Sabah (SDB) telah melalui sebuah kenyataan media menyatakan bahawa kesemua dokumen yang diserah kepada SPRM, telah dikembalikan.

Kini, sekitar enam bulan selepas GRS mempolitikkan pinjaman tersebut, Gapari telah dengan bangganya merasmikan Air Asia Farm di Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian Air Asia Farm di Kota Kinabalu

Ketika ditemui di Kota Kinabalu, Gapari berkata ini merupakan peluang untuk buah-buahan seperti tarap dan bambangan dipasarkan kepada masyarakat antarabangsa.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Menteri PPBM Dan Bekas Ketua Menteri UMNO Menjadi Mangsa Banjir

Seorang Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan seorang lagi bekas Ketua Menteri dari UMNO telah menjadi mangsa...

WARISAN Junjung Titah Agong, Sokong Parlimen Bersidang Segera

Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong pandangan dan keputusan Majlis Raja-raja agar darurat tidak dilanjutkan serta Parlimen perlu bersidang dengan kadar segera. Melalui sebuah kenyataan media...

Jeffrey Kitingan Minta Agung Sambung Darurat

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mahu proklamasi darurat yang dijadual tamat pada Ogos depan dikekalkan hingga keadaan situasi penularan COVID-19 di negara ini benar-benar...

Agong Tak Sebut Bila Parlimen Perlu Bersidang, Kata Menteri PAS

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menyebut tarikh di mana Parlimen harus bersidang, dakwa Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin...

Darurat Tidak Perlu Disambung, Kata Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja Melayu berpandangan bahawa tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas Ogos. Selain Yang di-Pertuan Agong, Al-SuItan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, sesi perbincangan...

More Articles Like This