25.1 C
Sabah
Ahad, 27 November, 2022

Dividen Petronas: Putrajaya Ambil RM282 Bil, Sabah Cuma Dapat RM12.7 Bil

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Jumlah bayaran dividen yang dibayar kepada Kerajaan Persekutuan oleh Petronas dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2010 sehingga tahun 2019 adalah sebanyak RM282 bilion.

Bagaimanapun, bagi tempoh 12 tahun yang sama, Sabah yang merupakan antara dua negeri pengeluar minyak terbesar di Malaysia hanya menerima bayaran tunai Petronas sebanyal RM12.789 bilion.

Bagi tempoh sama 12 tahun itu, Sarawak menerima sebanyak RM24.541 bilion.

Kesemua data tersebut didedahkan dalam jawapan bertulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat semalam.

“Petronas membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak masing-masing.”

Mustapa berkata demikian dalam jawapan kepada soalan dikemukakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang bertanya berapakah jumlah bayaran dibuat Petronas keapda setiap negeri.

Isu bayaran tunai merupakan antara yang paling panas di negeri ini memandangkan Kerajaan Persekutuan didakwa menganaktirikan Sabah apabila lebih mengutamakan pembangunan di Semenanjung berbanding Sabah.

Berikutan itu, rakyat Sabah bangkit menuntut agar negeri ini menerima lebih banyak bayaran daripada Petronas memandangkan hasil bumi itu terletak di negeri ini.

Sebelum ini, turut tular di media sosial sebuah video menunjukkan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dalam temubual mengakui cadangan carigali minyak adalah untuk mengisi tabung UMNO.

Dalam temubual itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li turut mengakui berkomplot menjatuhkan Kerajaan Sabah pimpinan Tun Mustapha Harun agar perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dapat dimeterai.

“Kita tubuhkan Parti Berjaya, untuk jatuhkan Tun Mustapha… Saya dan beberapa orang lah tubuh Berjaya, lawan Tun Mustapha. Kita menang, sign agreement, masalah selesai,” kata Ku Li dalam wawancara tersebut.

Selain itu, Ahli Parlimen Kimanas Mohamad Alamin turut baru-baru ini dalam Parliamentmengisytihar bahawa Kerajaan Persekutuan dialu-alukan terus meneroka kekayaan Sabah.

“Kami mengalu-alukan Kerajaan Persekutuan untuk terus terokai kekayaan Sabah. Ambil sajalah kekayaan kami. Ambil-abil lah semua”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

Kit Siang Akui Kerjasama UMNO-PH Bukan Mustahil, Janjikan Reformasi

Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengakui bahawa kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan musuh politik, UMNO bukan mustahil selepas Pilihan Raya Umum...

Sabah, Labuan Juarai Kadar Pengangguran Sepanjang Tahun 2022

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menjuarai kategori kadar pengangguran sepanjang suku pertama tahun 2022 sehingga suku ketiga tahun 2022. Menurut laporan yang diterbitkan oleh...

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Parti yang berpengkalan di Malaya...

More Articles Like This