25.4 C
Sabah
Selasa, 21 Mac, 2023

Dibangunkan Oleh Warisan, Kilang Minyak Masak Tempatan Ditutup Di Zaman GRS

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Sebuah kilang minyak masak berjenama tempatan yang agak popular dalam kalangan rakyat Sabah telah ditutup di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut seorang sumber, kilang minyak masak yang terletak di bahagian pantai timur Sabah itu merupakan kilang yang dimiliki oleh sebuah anak syarikat kerajaan Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tambah sumber yang enggan namanya didedahkan itu, kelemahan kerajaan GRS telah mengakibatkan kilang tersebut gagal memeruskan operasi sehingga terpaksa ditutup.

“Kilang itu dibangunkan di zaman Warisan, tetapi sekarang tiada sudah,” katanya.

Untuk rekod, Warisan telah berjaya membangunkan tiga minyak masak jenama tempatan semasa berkuasa.

Pada Februari 2020, kilang minyak masak BESS yang dimiliki oleh Benta Wawasan Sdn Bhd melalui anak syarikatnya Benta Edible Oil Sdn Bhd telah dilancar Tawau.

Pelancaran minyak masak BESS oleh Shafie

Pada bulan Julai 2020, kilang minyak masak GOLD yang diusahasama (joint venture) oleh Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Syarikat Intipati Sawit Kinabalu Sdn Bhd telah dilancar di Sandakan.

Pelancaran minyak masak GOLD oleh Shafie

Pada bulan September 2020, kilang minyak masak ONSOI yang dimiliki oleh Sabah Land Development Berhad melalui anak syarikatnya Sabaras Sdn Bhd telah dilancar di Keningau.

Pelancaran minyak masak ONSOI oleh Shafie

Dalam ucapan perasmian kilang BESS pada Februari 2020, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pembangunan kilang-kilang minyak masak tempatan adalah usaha Warisan untuk memantapkan industri hiliran kelapa sawit di Sabah serta mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baharu untuk rakyat Sabah.

“Dengan adanya kilang-kilang yang dibina, anak-anak tempatan tidak lagi perlu mencari pekerjaan di Semenanjung kerana kita sudah mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan melalui memperbanyakkan industri hiliran.”

Tambah beliau, ekonomi Sabah turut menerima manfaat kerana harga minyak sawit boleh distabilkan.

“Kita tidak perlu menunggu harganya meningkat baru hendak dijual dan kita tidak perlu terlalu bergantung kepada eksport tetapi ianya boleh dijadikan pelbagai produk yang mampu menstabilkan harga pasaran sawit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Tun Juhar Dilantik Semula TYT, GRS Terpaksa Akur

Tun Juhar Mahiruddin akan meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal keempat. Pelantikan itu sekaligus me­nyaksikan Juhar meme­gang...

Masidi Akui, 6 Calon GRS Sebenarnya Ahli Bersatu

Sekeping surat dari Datuk Seri Masidi Manjun selaku Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu...

Pemimpin Parti Malaya Dilantik Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik seoramg pemimpin parti Malaya sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Menerusi pengumuman khas yang...

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hilang kuasa di Sabah. Kerajaan...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

More Articles Like This