31.4 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

Dari Menara Gading Ke Kebun, Kini Raih Lebih RM10,000 Sebulan

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Dari menara gading ke kebun, bekas penuntut Ijazah Sarjana (Master’s) Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini telah menemui kerjaya yang mampu menjana hasil mencecah RM10,000 setiap bulan.

Saudara Azizul Julirn kini mengusahakan kebunnya dengan pengaplikasian sistem akuaponik.

Di Kundasang Aquafarm yang berluasan sekitar 4,800 kaki persegi, Azizul Julirin menanam sekitar 10,000 pokok sayur-sayuran.

 

 

10,000 pokok ini boleh dituai sekali setiap 25 hari, dengan meraih hasil mencecah 1.2 tan setiap kitaran.

Hasil tanaman ini kemudiannya dibekalkan kepada pasaran di luar Ranau, di antaranya MacFood Services, syarikat eksklusif yang membekalkan bahan mentah kepada rangkaian makanan segera McDonald’s.

Hasilnya? Mencecah RM13,000 setiap kitaran.

Azizul briefing visitors how easy it is to run an aquaponic farm.

Menurut Azizul, sistem akuaponik bukan sahaja mudah dijalankan, malah ianya memberi pendapatan lumayan yang tetap di samping memelihara alam sekitar yang kian tercemar.

Apakah yang mendorong Azizul menceburi bidang pertanian secara akuaponik?

Katanya kerana kebun yang diusahakan secara konvensyen sebelum ini telah hancur akibat gempa bumi Ranau pada tahun 2015. Sayur-sayuran yang ditanam hancur dan beliau mengalami kerugian yang besar.

Peristiwa tersebut telah mendorongnya mengiktiarkan alternatif yang mampan serta mengurangkan kebergantungan kepada tanah.

Untuk Azizul, kos permulaan telah memakan sekitar RM100,000, tetapi ianya amat berbaloi kerana modal ini telah dikembalikan selepas kurang daripada setahun.

Apakah kaedah yang diaplikasi oleh Azizul sesuai untuk generasi akan datang? Mungkin inilah jawapan kepada Sabahans yang ingin memulakan kerjaya. Lagipun sektor pelancongan sudah teruk terjejas akibat wabak Covid-19. Ini mungkin juga jawapan kepada pihak yang ingin menukar kerjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This