31.2 C
Sabah
Sabtu, 25 Jun, 2022

DAP Sabah Terima Tamparan, 2 Wakil Rakyatnya Sertai Warisan

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

DAP Sabah menerima tamparan hebat hari ini, apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti tersebut meninggalkan parti untuk menyertai Warisan secara rasmi.

Mereka adalah Justin Wong yang mewakili kawasan Sri Tanjong dan Calvin Chong yang mewakili Elopura.

Dengan kedudukan sedia ada, Warisan yang mempunyai 19 wakil rakyat merupakan parti tunggal yang terbesar dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pakatan Harapan berbaki 7 wakil rakyat sahaja- DAP (4), PKR (2) and UPKO (1).

Pesaing terdekat Warisan, iaitu UMNO dan Bersatu yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia masing-masing mempunyai 16 wakil rakyat.

Penganalisis politik, Tony Paridi Bagang baru-baru ini berkata kemasukan Justin dan Calvin mampu mengukuhkan kedudukan Warisan sebagai blok terbesar dalam DUN Sabah.

“Kemasukan mereka juga akan menjadi petanda baik bagi Warisan, selaras dengan matlamat Warisan untuk memastikan kedudukannya sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Sabah.”

“Warisan sedang berusaha untuk mengukuhkan sokongan mereka.”

“Dalam kes ini, mereka mahu mendapatkan lebih ramai pemimpin Cina, selain menambah bilangan mereka.”

“Mereka juga boleh mengekalkan imej mereka sebagai parti berbilang kaum,” kata Tony.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Guan Eng Temui Hajiji Untuk Rundingan, Akui Ahli Parlimen DAP

Ahli Parlimen DAP untuk kawasan Kota Kinabalu, Chan Foong Hin telah mengaku bahawa Pengerusi parti DAP, Lim Guan Eng...

DAP Raikan Kemasukan Bekas Calon Yang Hilang Deposit Dalam PRN 2020

DAP secara rasminya menerima seorang bekas calon yang hilang deposit dalam Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng melalui sebuah...

Mulai 1 April, Warga Asing Masuk Sabah Tidak Perlu Kuarantin Wajib

Orang ramai, termasuk warga asing yang memasuki Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib bermula 1 April, umum Kerajaan Negeri pada hari Selasa. Walau bagaimanapun, beberapa...

DAP Sabah Terima Tamparan, 2 Wakil Rakyatnya Sertai Warisan

DAP Sabah menerima tamparan hebat hari ini, apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti tersebut meninggalkan parti untuk menyertai Warisan secara rasmi. Mereka adalah...

GRS Benarkan Kayu Balak Sabah Ditebang, Dibawa Keluar Bermula 3 Jan

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah membuat keputusan untuk membenar kayu balak di Sabah ditebang dan dibawa keluar bermula minggu depan. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua...

More Articles Like This