31.4 C
Sabah
Rabu, 20 Oktober, 2021

DAP Sabah Jumpa Jeffrey Untuk “Bincang Masalah Banjir”

Must Read

Penyokong-penyokong PH Gesa Anwar Berundur

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) telah mula menggesa supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, agar pemimpin-pemimpin pembangkang yang...

Wisma KOSAN Bakal Diroboh, Pemaju KL Dibenar Bina Kondo Mewah

Wisma Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) bakal diroboh tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada pemaju-pemaju Semenanjung Malaysia membina...

Ini Sebab Doktor Kontrak Mogok #HartalDoktorKontrak

"Saya hilang keyakinan dengan sistem yang rosak ini," kata Ida Hidayah, seorang doktor kontrak. Beliau di antara 23,000 doktor kontrak...

Rombongan DAP Sabah yang dianggotai Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu), Phoong Jin Zhe (ADUN Luyang) dan Tan Lee Fatt (ADUN Likas) telah bertemu dengan Presiden STAR, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan untuk membincang masalah banjir di kawasan bandaraya dan sekitarnya.

Menurut sebuah posting yang dikongsi ke Facebook, Jeffrey berkata keadaan mungkin semakin teruk memandangkan hujan lebat sudah bermula di awal bulan September.

“Keadaan semakin aneh tetapi perubahan iklim dunia adalah kenyataan dan oleh itu, kita perlu melihat kepada penyelesaian jangkamasa panjang.”

“Tanamlah pokok dan hentikan penebangan.”

”Saya mahu kongsikan dengan anda semua kerana kita adalah satu keluarga Malaysia dan kita harus bekerjasama.”

“Kita tidak boleh setiap tahun dilanda banjir seperti ini kerana ia akan jadi semakin teruk.”

“Kalau kita tidak bekerjasama dan berkongsi idea-idea yang kita ada sebagai usaha mengatasinya.”

Rombongan daripada DAP juga merakamkan penghargaan kepada Jeffrey di atas jemputan mengadakan sesi penerangan dan perbincangan khas tersebut.

“Ini melambangkan semangat ‘bi-partisan’, semangat kerjasama rentas parti, sesuatu yang baru selaras dengan hasrat Perdana Menteri baharu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob,” kata Chan Foong Hin seperti yang dipetik oleh Jeffrey.

Untuk rekod, pertemuan bersama Jeffrey merupakan pertemuan kedua yang seumpama oleh DAP Sabah.

Pada bulan Jun yang lalu, DAP Sabah juga bertemu dengan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin untuk “membincang masalah banjir”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Yusof Tawar Wang, Pengaruhi ADUN Lain Melompat Bersamanya

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr. Yusof...

Sumber: Yusof ‘Crack’ Kerana Ditekan Oleh SPRM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob terpaksa meninggalkan Warisan kerana berdepan dengan tekanan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seorang pemimpin...

Sah! Kerajaan Melaka Pimpinan UMNO Tumbang

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi. Mereka ialah...

UMNO Sabah Akur Dengan Keputusan KL, Bersedia Lawan Bersatu

UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perhubungan...

Mahiaddin Isytihar Bersatu Bersedia Lawan UMNO

Bekas Perdana Menteri Mahiaddin MD. Yasin mengisytihar, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak...

More Articles Like This