28.2 C
Sabah
Isnin, 30 November, 2020

Cukup Peruntukan Untuk Satu Juta Bakul Makanan

Must Read

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

ADUN Dilantik PAS Dakwa Majlis Gereja-gereja Sabah Tidak Jaga Sensitiviti Muslim

Berikut adalah kenyataan media Aliakbar Gulasan, Penasihat Alumni Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) bertarikh 22 Disember 2018.Alumni Markas Siswa-Siswi...

Kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah mempunyai peruntukan yang cukup untuk memperolehi satu juta bakul makanan.

Berdasarkan ‘briefing’ yang dibuat setiap hari seperti yang dilaporkan oleh Daily Express Online, Masidi Manjun yang merupakan jurucakap rasmi Covid-19 telah dipetik sebagai berkata nilai sebenar bakul makanan yang diagih adalah RM100 setiap pek.

Dalam sebuah sidang media sebelum ini, Masidi turut mengatakan bahawa kerajaan negeri Sabah telah memperuntukkan RM50 juta untuk tujuan memperolehi bakul makanan.

Selain itu, kerajaan pusat juga ‘top up’ sebanyak RM50 juta untuk tujuan yang sama, sekaligus membolehkan Sabah mempunyai RM100 juta untuk tujuan mengagih bakul-bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan Masidi, orang ramai boleh membuat kesimpulan bahawa kerajaan mempunyai kapasiti mencukupi untuk memperolehi satu juta bakul makanan.

RM100 juta ÷ RM100 satu bakul = 1 juta bakul makanan

Walau bagaimanapun, GRS telah setakat ini mengehadkan bakul makanan kepada pemohon-pemohon yang menetapi beberapa syarat.

Antaranya, golongan di bawah B40, dan tersenarai sebagai E-kasih, dan mempunyai surat sokongan, dan berada dalam kawasan PKPB.

Pensyaratan ini telah mengakibatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai, yang merasakan bahawa bantuan bakul makanan seharusnya diagih kepada semua tanpa memilih kasih.

3 COMMENTS

  1. Mcm mna la ba memohon tu dgn pergerakkan pun trhad apa lgi klu org kg.bahagian ulu2 tu klu d suruh online lgi na mmang tecicir la nada sda sarita

  2. Yang B40 tdk sempat memohon e kasih yg memakan masa 1 tahun baru dpt keputusan tu tdk di bagi la…kami sekeluarga tiada pendapatan dan bergantung dgn simpanan yg ada saja selama ni. Tdk Adil macam ni.

  3. Bagilah sama rata dgn kami… Walaupun saya ada e kasih… Masih menunggu hingga saat ini… Semoga bakul makanan dapat mmbantu kami b40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

PN Teruskan Cukai Petroleum Yang Dimulakan Oleh Warisan, Pada Tahun Depan

Cukai Petroleum yang dimulakan oleh Kerajaan Warisan yang terdahulu akan dikuatkuasakan oleh kerajaan baru GRS-PN terhadap Petronas pada tahun...

Kenapa Geran Khas Petroleum Sabah Dikurangkang Separuh?

Seorang pemimpin Warisan telah mempersoalkan langkah Kerajaan Persekutuan mengurangkan jumlah pembayaran geran khas kepada Sabah.Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking berkata pentadbiran sebelum ini telah...

Ramai Mengadu Kelaparan, Ebit Hantar 10 Tan Makanan Ke Sabah

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah semalam selepas menerima banyak mesej meminta bantuan. Ebit Lew dalam perkongsian di laman...

Belanjawan 2021: Peruntukan Pembangunan Untuk Sabah Berkurang

Jumlah peruntukan pembangunan tahun 2021 untuk Sabah telah berkurang berbanding tahun 2020. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 semalam berkata, Sabah...

Keluarga Musa Dilantik Pengarah Yayasan Sabah?

Seorang ahli keluarga bekas Ketua Menteri Musa Aman telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah, dakwa beberapa sumber Bersatu hari ini.Menurut poster-poster ucapan tahniah yang...

More Articles Like This