29.4 C
Sabah
Rabu, 23 Jun, 2021

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Must Read

“Melampau”, “Cara Semenanjung”, Kata Sabahans Berkenaan Cadangan Troli Berasingan

Laporan asal ini pernah disiarkan dalam surat khabar tempatan Daily Express pada 12 November 2015. Laporan asal dalam Bahasa Inggeris...

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah dan berhati-hati dengan wabak itu.

Amaran itu muncul selepas keadaan penularan wabak di negara itu kian stabil menjelang Hari Raya, manakala Malaysia dan India kini mengalami peningkatan kes.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.

“Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” ciapnya di akaun Twitter kementerian negara itu.

3M merujuk kepada SOP pemakaian pelitup muka, cuci tangan dan penjarakan fizikal.

Ciapan itu sebahagian siri hantaran yang menyatakan amaran bahaya varian Covid-19 yang kini menjangkiti Indonesia, yang digelar varian B.1.1.7, B.1.351 dan B.1.617.1.

“Ketiga varian ini diperkirakan lebih cepat menular dibandingkan varian sebelumnya. Hal ini terlihat dari beberapa negara yang telah mengesahkan kenaikan kes seiring ditemukannya varian baru ini di negaranya,” jelasnya.

Ciapan itu turut memaparkan poster jurucakap menteri kesihatan negara itu, Dr Siti Nadi Tarmizi yang menyatakan “dua faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baru.”

Dia turut menggesa rakyat Indonesia supaya kekal di rumah sewaktu Hari Raya Aidilfitri dan tidak pulang ke kampung.

Jumlah kes India, Malaysia dan Indonesia bagi setiap sejuta penduduk, sejak 1 Mac 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Menteri PPBM Dan Bekas Ketua Menteri UMNO Menjadi Mangsa Banjir

Seorang Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan seorang lagi bekas Ketua Menteri dari UMNO telah menjadi mangsa...

WARISAN Junjung Titah Agong, Sokong Parlimen Bersidang Segera

Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong pandangan dan keputusan Majlis Raja-raja agar darurat tidak dilanjutkan serta Parlimen perlu bersidang dengan kadar segera. Melalui sebuah kenyataan media...

Jeffrey Kitingan Minta Agung Sambung Darurat

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mahu proklamasi darurat yang dijadual tamat pada Ogos depan dikekalkan hingga keadaan situasi penularan COVID-19 di negara ini benar-benar...

Agong Tak Sebut Bila Parlimen Perlu Bersidang, Kata Menteri PAS

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menyebut tarikh di mana Parlimen harus bersidang, dakwa Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin...

Darurat Tidak Perlu Disambung, Kata Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja Melayu berpandangan bahawa tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas Ogos. Selain Yang di-Pertuan Agong, Al-SuItan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, sesi perbincangan...

More Articles Like This