25.1 C
Sabah
Ahad, 27 November, 2022

Biar Sabah Buka Jalan Ke Arah Malaysia Baharu

Must Read

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa...

Pertimbang Perasaan Semenanjung Ketika Menuntut Hak Sabah

Seorang pemimpin kanan DAP Sabah telah menjelaskan sebabnya Pakatan Harapan (PH) sukar memulangkan hak-hak Sabah. Melalui sebuah wawancara yang disiarkan...

TPM Sarawak: Sarawak, Sabah Boleh Jadi Kingmaker

Parti-parti politik tempatan dari Sarawak dan Sabah boleh menjadi “Kingmaker” dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU ke-15. Demikian...

Oleh Professor Dr. Mohd Tajuddin Mohd Rasdi

Saya selalu menganggap bahawa tahun 2020 adalah pengakhiran kepada Malaysia sebagai satu bangsa.

Dengan laungan kata-kata kesat terakhir iaitu ‘Malaysia Adalah Tanah Melayu’ daripada seorang Ahli Parlimen terkenal, keranda itu telah dipaku sepenuhnya.

Tidak cukup dengan itu, sesuatu turut dimasukkan di dalam keranda Malaysia melalui ayat ‘Gelap Sangat MP’.

Tingkah laku yang menjengkelkan itu datang daripada parti yang mempunyai DNA lebih banyak kekotoran berbanding protein sejak tiga dekad lalu. Parti itu pernah menjadi sinar untuk Malaysia, tetapi sekarang tidak lagi dan tidak mungkin ke mana-mana.

Bekas Presidennya baru sahaja didapati bersalah atas jenayah ke atas rakyat Malaysia dengan merompak wang negara yang sepatutnya untuk anak-anak kita.

Sokongan besar melalui laungan ‘Bossku’ lebih merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu sama seperti Kongres Maruah Melayu.

Cuba anjurkan Kongres Maruah Kadazan, kemungkinan pihak penganjur akan segera didakwa menghasut.

Malaysia telah mati. Tiada jiwa yang tinggal di dalamnya. Kerajaan Kedah mengesahkannya apabila mengeluarkan arahan segera menghapuskan tempat-tempat ibadat yang tidak berdaftar.

Tiada apa-apa yang boleh diselamatkan lagi tentang Malaysia.

Tetapi sekarang, tiba-tiba sahaja satu percikan yang kemungkinan dapat menyelamatkan Malaysia muncul.

Pilihan raya mengejut diumumkan selepas Sabah membubarkan DUN di tengah-tengah percubaan tidak bertanggungjawab wakil-wakil rakyat yang dilihat hanya mengutamakan kepentingan peribadi serta akaun bank masing-masing.

Ahh… ini cuma hari biasa di Malaysia!

Tetapi ADUN-ADUN yang melompat itu kini terperangkap dalam keadaan dibogelkan.

Pilihan raya diadakan dan rakyat telah mengenal pasti siapa yang melompat melalui telefon bimbit masing-masing.

Tentu lebih mengejutkan jika mereka yang lompat ini boleh melompat sekali lagi selepas 60 hari apabila rakyat menggunakan hak mereka untuk menunjukkan siapa sebenarnya yang layak bercakap pasal ‘Ketuanan Tanah Airku’.

Maka, percikan jiwa Malaysia sebenar kini terletak di tangan rakyat Sabah. Tiada retorik Melayu-Islam yang cukup kuat mampu memperbodohkan atau menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Jalan-jalan akan diperbaiki. Rumah kos rendah akan dicat dengan warna biru terang atau merah, bergantung kepada parti mana yang memberikan wang.

Sudah tentu bukan warna hijau. Parti itu tiada taring di Sabah. Parti itu cuma mempunyai cengkaman di empat negeri ‘Tanah Melayu’, tetapi bukan di Sabah!

Tiga mesej penting boleh dihantar oleh Sabahan kepada pemimpin politik Tanah Melayu. Terdapat juga tiga perkara yang boleh ditunjukkan dengan tegas oleh rakyat Sabah kepada semua rakyat Malaysia.

Pertama ialah abah selama-lamanya menjadi model kepada rakyat Malaysia yang harmoni dengan berbilang bangsa dan agama.

Tiada reformis Islam di Sabah yang mampu memusnahkan Perlembagaan atau rakyatnya ke arah visi Islam sebagai kekuatan yang dominan.

Lebih baik Sabahan kekal sebagai penganut Islam seperti mana Nabi Muhammad melayan Yahudi, Kristian dan orang bukan Islam dengan bermaruah dan rasa hormat, bukannya menggelar mereka pendatang atau gelap atau orang tumpangan.

Di Sabah, semuanya adalah keluarga Sabahan dan Malaysia. Di Sabah semua dilayan sama rata dan adil, bermaruah dan saling hormat-menghormati.

Mesej kedua ialah Sabahan boleh menjadi calon bagi jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sabahan adalah rakyat Malaysia. Daripada etnik apa pun asal-usulnya, dia boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Oleh kerana Sabah adalah satu pertiga daripada Malaysia dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sarawak selebihnya, Kabinet mesti diwakili tidak kurang daripada kadar itu.

Kenapa mesti jawatan Perdana Menteri mesti daripada satu kumpulan etnik semata-mata? Orang lain cacatkah?

Mesej ketiga yang Sabahan boleh sampaikan ialah kepada parti di Semenanjung Tanah Melayu. Sabah tidak perlu dan tidak mahu hanya satu parti politik tertentu yang memikirkan mereka mempunyai keistimewaan menjadi Perdana Menteri.

Jika parti tertentu menganggap seperti itu, maka Sabah tidak memerlukan mereka. Tanggapan itu melanggar prinsip asas menjadi rakyat Malaysia, iaitu kita semua sama rata di bawah Perlembagaan negara.

Sesetengah pihak mungkin tidak bersetuju dengan saya dan mengatakan ada orang lain yang dilayan tidak sama rata serta layak mendapat ‘keistimewaan tertentu’.

Jika mereka adalah yang termiskin, ketinggalan daripada pembangunan dan yang diabaikan seperti Orang Asli atau etnik di pedalaman Sabah, maka saya akan bersetuju.

Orang-orang inilah yang sepatutnya mendapat keistimewaan tertentu tanpa mengira bangsa, agama atau budaya kehidupan.

Malaysia memerlukan Sabah dan Sabahan untuk bangkit semula daripada koma yang membawa kepada kematian dan kemusnahan. Malaysia memerlukan kejutan utama dalam sistemnya yang telah tergadai disebabkan oleh retorik bangsa dan agama sejak empat dekad lalu.

Biar Sabah membuka laluan kepada Malaysia yang mempunyai visi baharu, negara dan tanah air untuk semua rakyatnya yang cintakan kasih sayang, hormat dan maruah antara satu sama lain tanpa mengira kepercayaan, warna kulit atau status sosial masing-masing.

Akhir sekali kepada rakyat Sabah, saya dengan tulus ikhlas meminta anda untuk mengundi mengikut isi hati nurani, mengundi dengan visi dan mengundi untuk harapn seluruh rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Berita Terkini

Jajaran BN-PH Mungkin Akibatkan GRS Hilang Kuasa Di Sabah

Jajaran semula di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan mungkin mengakibatkan Gabungan Rakyat Sabah...

Tawar Jawatan PM Kepada Sabah Sarawak, Anwar Diberitahu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disaran untuk menawar jawatan Perdana Menteri kepada Sabah atau Sarawak, agar sokongan daripada parti-parti tempatan...

Kit Siang Akui Kerjasama UMNO-PH Bukan Mustahil, Janjikan Reformasi

Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengakui bahawa kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan musuh politik, UMNO bukan mustahil selepas Pilihan Raya Umum...

Sabah, Labuan Juarai Kadar Pengangguran Sepanjang Tahun 2022

Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menjuarai kategori kadar pengangguran sepanjang suku pertama tahun 2022 sehingga suku ketiga tahun 2022. Menurut laporan yang diterbitkan oleh...

PH Tarik Darah Daging Musa Aman Untuk Sokongan

Dalam usaha menarik sokongan di Sabah, Pakatan Harapan (PH) telah menarik darah daging bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Parti yang berpengkalan di Malaya...

More Articles Like This