27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

Belum Selesai Isu Hina Bible, Kini SPRM Pusat Melangkau Kuasa Kerajaan Sabah Pula

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...

Belum selesai isu pemimpin Perikatan Nasional menghina masyarakat Kristian dan Bible, kini timbul lagi isu Kerajaan Pusat melangkaui batas kuasa.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PN Nik Muhammad Zawawi telah mendakwa bahawa Bible adalah terpesong.

Kenyataannya telah membangkitkan kemarahan pemimpin-pemimpin gereja dan masyarakat Kristian, khususnya di Sabah dan Sarawak yang menuntut supaya tindakan diambil.

Walaubagaimanapun, pemimpin PN tersebut enggan memohon maaf. Malah kenyataan susulannya mendakwa, masyarakat Kristian tidak ada hak untuk berasa tersinggung.

Belum selesai isu tersebut, kini timbul lagi isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di peringkat Pusat melangkaui batas sempadan kuasa mereka.

Untuk makluman semua, kuasa imgresen terletak di bawah Kerajaan Sabah. Ianya salah satu kuasa autonomi yang dijanjikan semasa pembentukan Malaysia.

Namun semalam, pihak SPRM Pusat telah menggunakan kuasa imigresen tersebut untuk menghalang kemasukan Setiausaha Agung DAP ke Sabah.

Insiden tersebut telah dikongsi oleh Lim melalui laman rasmi Facebook beliau.

“Mereka (SPRM Sabah) mendakwa bahawa SPRM Pusat telah meletakkan halangan untuk saya masuk ke Sabah. Ape ni? Bukankah ini kuasa kerajaan negeri Sabah?”

Beliau turut mempersoal sebab apa SPRM membenarkan Najib Razak yang telah disabit kesalahan oleh mahkamah serta Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes rasuah di mahkamah.

“Najib Razak yang didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta boleh masuk tanpa masalah. Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes Mahkamah pun boleh masuk tanpa masalah. ”

“Mengapa saya dihalang masuk ke Sabah? Ini lagi satu kes antara dua darjat, double standard kah?”

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Darell Leiking yang sempat ditelefon oleh Lim berkata, SPRM harus menjelaskan tindakan mereka.

“Lim telah diberitahu secara lisan bahawa SPRM telah menasihati Imigresen menghalang kemasukan Lim ke Sabah. Ini amat mengejutkan.”

“Kuasa kemasukan terletak dalam tangan Kerajaan Sabah. Jika benar bahawa SPRM telah campur tangan dalam menghalang kemasukan Lim, maka ianya telah melangkau bidang kuasa mereka kerana ini kuasa Kerajaan Sabah.”

“Saya harap SPRM akan menjelaskan tindakan mereka.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This