28.3 C
Sabah
Jumaat, 18 September, 2020

Anak Anifah Dapat 50,000 Hektar Tanah Yayasan Sabah Dari Musa

Must Read

Anak Anifah Dapat 50,000 Hektar Tanah Yayasan Sabah Dari Musa

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan dua kontrak tanah milik Yayasan Sabah yang diberikan selama 100 tahun kepada...

Calon KM: PN Dan BN “Bertumbuk”

Sementara Warisan Plus sebulat suara menamakan Shafie Apdal sebagai calon Ketua Menteri, peperangan di antara PN dan BN pula...

Musa Gazet Satu-satunya Perkampungan “PTI” Di Sabah Pada Tahun 2006?

Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan adiknya Presiden Parti Cinta Sabah, Anifah Aman perlu menjelaskan penggazetan sebuah perkampungan...

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan dua kontrak tanah milik Yayasan Sabah yang diberikan selama 100 tahun kepada ahli keluarga Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Anifah Aman pada tahun 2015 dan 2018.

Tanah tersebut yang berkeluasan 11,000 hektar dan 50,000 hektar terletak di Hutan Simpan Kalabakan. Making-masing diberikan kepada Jawala Plantation Sdn. Bhd. (Jawala Plantation) dan Rentak Hasil Sdn. Bhd. (Rentak Hasil).

Kedua-dua perjanjian itu hanya berakhir pada tahun 2115 dan 2118.

“Ini peta Yayasan Sabah apa yang disebut ini Jabatan Perhutanan Sabah sulit lagi, apa yang dibagi Hutan Simpan Sepulut, Hutan Simpan Kalabakan di Sepulut 11,000 hektar dari tahun 2015 sampai 2115 Hutan Simpan Sepulut siapa dibaginya, Jawala Plantation.

“Siapa dia, Tan Sri Majid Khan punya syarikat, anak dia pegang sekarang ini, Hutan Simpan Kalabakan keseluruhannya 11,000 hektar siapa punya?

“Syarikat siapa ini, ini keluarganya namanya syarikat ini yang dimiliki oleh keluarga Amin Khan, si Elbert Lim hampir 50,000 hektar tanah hampir 100,000 ekar dari tahun 2018 sampai 2118, 100 tahun tanah.

“Banyak lagi kalau saya nak sebut, syarikat Yayasan Sabah, apa syarikat Yayasan Sabah ini, Sabah Softwood Sdn Bhd apa yang dimiliki oleh Sabah Softwood 50,000 ekar dimiliki oleh Sabah Softwood.

“Daripada 50,000 ekar dimiliki Sabah Softwood  ada satu kilang di tengah-tengah Softwood ini nama dia Rentak Hasil Sdn. Bhd.

“Rentak Hasil ini Softwood Sabah, Pengerusi dia dulu Musa Aman sekarang saya pasal automatik Ketua Menteri jadi pengerusi.

“Dulu Lembaga Pengarah dia Abdul Halim Egoh anak Tan Sri Hamid Egoh keluarga dia.

“Rentak Hasil anak syarikat Softwood dimiliki oleh Softwood 50 peratus, Rentak Hasil dimiliki oleh Perintis Bernas Sdn Bhd 5 peratus, siapa milik Rentak Hasil ini yang miliki syarikat di tengah-tengah Softwood yang ada perjanjian bagi minyak CPO kelapa sawit 100,000 tan setiap satu tahun perjanjian dia.

“Rentak Hasil siapa punya syarikat? Pemilik dia anak si Anifah Aman,” katanya.

Mohd. Shafie berkata, dokumen tersebut adalah bukti kerakusan keluarga Musa Aman merampas hasil bumi Sabah untuk kepentingan dan kekayaan ahli keluarga mereka.

Tegasnya, beliau sedia disaman dan akan menjadikan dokumen-dokumen perjanjian itu sebagai bukti.

“Saya ketua menteri saya tahu apa terkandung dalam dokumen kerajaan ini, ini bukti dia bukan tiada bukti.

“Mahu saman saya saman, saya ada dokumen,” katanya.

4 COMMENTS

  1. Utk apa menjadi peminpin dalam gabungan Umno tidak dibenarkan utk berkorupsi?

    Tujuan mrk berjuang habis habisan dlm arena politik adalah utk kearah korupsi dan bkn ada niat mahu majukan negara lebih lagi dinegeri Sabah yg penuh dgn kekayaan.

    Keluasan 500,000 hektar tanah diberikan kpd keluarga bekas MB Tuan Musa dan abangnya Tuan Anifah menunjukkan mrk ini cukup rakus dan tamak..Tanah ini hak bebas selama 100 tahun..

    Yg anehnya kerajaan Malaysia atau sprm menutup sebelah mata dalam pemberian tanah tsb sementara seluas 4400 hektar tanah dimajukan oleh ratusan penghuni dikawasan Pahang diproses pengambilan hukum..

    Ini satu kuasa dua darjat diamalkan oleh pemerintahan yg mana secara tidak langsung menimbulkan prasangka buruk dan kecemburuan sosial dikalangan rakyat.

    Apa rasionalnya tiada tindakan diambil terhadap pelaku yg terdiri dari Umno?

    Tanah yg diambil cukup luas dan apakah kerajaan tidak tahu? Rakyat memerhati !!
    .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Tular Gambar Penyokong LDP Bawa Bendera BN

Tular sekeping gambar baru-baru ini yang menunjukkan seorang penyokong LDP membawa bendera BN.Gambar tersebut dimuatnaik oleh seorang netizen, Peter...

Mustahil Untuk Sabah Sarawak Dapat 20% Royalti Minyak, Kata Bos BN Sabah

Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin, berpandangan bahawa ianya mustahil untuk Sabah Sarawak menerima royalti minyak sebanyak 20%.Beliau menjelaskan mengubah royalti untuk negeri...

Anak Anifah Dapat 50,000 Hektar Tanah Yayasan Sabah Dari Musa

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah mendedahkan dua kontrak tanah milik Yayasan Sabah yang diberikan selama 100 tahun kepada ahli keluarga Tan Sri Musa...

Undi Warisan Plus Yang Ikhlas Bantu Rakyat, Gesa Bekas Ketua Hakim Negara

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini adalah untuk memilih parti yang betul-betul ikhlas mempertahankan hak-hak Sabah, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tan...

Najib No.1 Dalam Pengkalan Data Pesalah Rasuah SPRM

Penasihat Barisan Nasional Najib Razak baru-baru ini telah disenaraikan sebagai nombor satu dalam Pengkalan Data Pesalah Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Laman tersebut boleh...

More Articles Like This