27.3 C
Sabah
Ahad, 9 Mei, 2021

ADUN Dilantik PAS Dakwa Majlis Gereja-gereja Sabah Tidak Jaga Sensitiviti Muslim

Must Read

Sarawak Dalam Proses Menuntut Kembali Tanah Yang Diserah Kepada Kerajaan Pusat

Kerajaan Negeri Sarawak sedang dalam proses menuntut kembali tanah-tanah yang telah diserah kepada Kerajaan Persekutuan, kata bekas Penasihat Undang-undang...

Muhyiddin Minta Semua Bertenang, Keadaan Terkawal

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah pada awal bulan ini meminta supaya orang bertenang dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19 pada...

Kecewa Dengan Pelantikan PAS, Penyokong STAR Kempen Jatuhkan GRS

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah...
Berikut adalah kenyataan media Aliakbar Gulasan, Penasihat Alumni Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) bertarikh 22 Disember 2018.
Alumni Markas Siswa-Siswi Islam Sabah (MARSIS) hari ini membidas kenyataan Majlis Gereja-gereja Sabah berkenaan guru-guru agama Islam untuk mengajar di Negeri Sabah.
Sebagai umat Islam, untuk menambah guru-guru agama di Sabah merupakan satu berita yang menggembirakan dan tidak sepatutnya ditakuti oleh sesiapa pun.
Saya merasa hairan bagaimana Majlis Gereja Sabah boleh membuat kenyataan yang sensitif dan menyentuh hak asasi umat Islam.
Selain daripada hak asasi umat Islam, harus difahami bahawa agama Islam termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama persekutuan dan agama rasmi Negeri Sabah.
Kami juga difahamkan masih terdapat sekolah-sekolah di Sabah yang tidak mempunyai guru agama Islam.
Sepatutnya semua pihak menyokong usaha yang baik seumpama ini. MARSIS mencadangkan kepada kerajaan untuk menganjurkan satu forum atau apa sahaja medan perbincangan untuk memperkasakan pendidikan Islam di Sabah.
MARSIS juga berharap agar tidak ada pihak yang berani menyentuh hal ehwal agama lain tanpa mendapat maklumat yang betul. Kepelbagaian agama dan keharmonian yang terdapat di negeri Sabah mesti dikekalkan sampai bila-bila.”

Kenyataan Aliakbar yang dicetak oleh akhbar Harian Ekspres

Kenyataan Aliakbar yang dimuatnaik ke laman FB PAS Sabah

Untuk rekod, pada bulan Disember 2018 yang lalu, pimpinan PAS Tawau dan Kalabakan telah membuat laporan polis terhadap sambutan Hari Krismas dan Ambang Tahun Baru.

Pada bulan Ogos 2020 pula, PAS sekali lagi mengundang kemarahan masyarakat Kristian Sabah apabila Ketua Majlis Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi mendakwa bahawa kitab Bible adalah terpesong.

Masyarakat dan pimpinan Kristian di Sabah Sarawak menuntut permohonan maaf daripada Nik Zawawi, tetapi beliau enggan memohon maaf.

Katanya, masyarakat Kristian tidak mempunyai hak berasa tersinggung dengan penghinaan bahawa Bible adalah terpesong.

60 COMMENTS

    • sadly bro, legally speaking, he was and is right by saying that – Article 5A of the Sabah State Constitution. That article states that and I quote, “Religion of the State
      5A. Islam is the religion of the State; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the State.”

      That is the position at present time. And yes I do aware with the original Sabah State Constitution but as I said earlier, that is the position we have right now here in Sabah.

    • Dalam MA63 memang tiada tertulis Islam sebagai agama rasmi Sabah. Tapi Tun Mustapha meminda peruntukan tersebut pada tahun 1973 sekaligus menjadikan Islam sebagai agama rasmi Sabah.

  1. Jangan mempermainkan isu keagamaan,bnyk lagi isue lain yg tidak selesai pati especially..kepentingan peribadi harus diketepikan.our sabahan live in harmony just know why agama is thw isue?

  2. Pas owww pas..napa lah menteri mcm ni ada d sabah…kamu yg ckp jan ada pesta Christmas..itu bkn menyentuh pasal keagamaan kah..senang2 plak kamu sakap kamu tdk pun kisa pasal sensitif agama lain..kamu pikir pasal agama kamu jak kah..yg kami ni teda agama kah..kamu (PAS) masuk sabah kamu hormat org sabah dlu lah..kami d sabah uda lama hidup maufakat tdk Kira agama bangsa sekali pun..bgs kamu bawa balik lah prangai racism kamu tu..jan ajar rakyat sabah apa mo buat.. Tlg hormati rakyat sabah jan kamu bawa pikiran kamu dari semenanjung p sabah…sabah uda lama hidup harmoni hormat menghormati biar pun belain agama..keluarga sy pun byk Muslim tapi kami menghormati family Muslim sama non Muslim..tlg lah pas buka mata kamu luas2 hormat kami yg non muslim ni

    • bro ni org jenis rasis. ni contoh org malaya. bawa masuk ke sabah. kita tolak parti PAS jgn dia masuk tanah sabah. kita org SABAH sudah lama berbilang kaum dan agama.

    • bodohkan dorang yg tidak menghormati perjanjian yg termaktub semasa syarat2 & perja jian pembentukan Malaysia 1963, ini kira umpama buat law untuk orang lain & diri sendri tidaj mahu ikut..

  3. Nak masuk Sabah pun ikut la bertnding….pru..jngn pkai taktik Kotor…why X bertnding Thu X menang…so msuk Sabah Cara Kotor la…then kw ungkit lgi psal agama…?..?

  4. Naaa ni la jadi dia..baru kena lantik adun sudah batabiat, sy xda silap dia ni org Keningau, mungkin dia jarang p jalan² di Batu Sumpah sana..baca ayat no 1, Ugama Bebas dalam Negeri Sabah. Sabah tiada agama rasmi.

  5. Orang sabah hanya inginkan kedamaian antara kaum dan bangsa. Jika parti pas masuk ke sabah, adakah keharmonian yang di jaga selama ini akan bertahan?. Bagi saya TIDAK. Mostly mereka ini tidak pernah bergaul dengan orang ramai yang berlainan agama dan bila bercakap dengan non muslim mereka dengan tanpa segan silu mempersoalkan kebenaran agama non muslim sambil merendah rendah-rendahkan nya. Mereka masih berpikiran bahawa sabahan senang di perbodohkan untuk menerima mereka masuk. Ini lah yg akan terjadi bila mereka tidak cuba untuk memahami cara hidup di sesuatu tempat. Mereka ini umpama pendatang delusional yang ingin berkuasa di tempat yg mereka tidak layak. Saya bercakap berdasarkan pengalaman semasa belajar di semenanjung dulu.

  6. No pas in sabah.. Langsung x ada keperluan..hanya kucar kacirkan keadaan masyarakat d sabah…d sabah 90 percent masi boleh duduk 1 meja biarpun Berbeza agama Dan kaum…

    • tidak ada agama rasmi di sabah. agama apa saja seseorang itu anuti dia bebas untuk keluar dan masuk dalam sesuatu agama pilihannya. sekiranya ada yg cuba membantah perkara 1 ini atau cuba melanggarnya dalam batu sumpah negara sabah. sy sanggup gadaikan nyawa demi kebebasan beragama dalam negara sabah. langit bumi jadi saksi ku sumpah berlakunya pertumpahan darah selama 2 keturunan sekiranya orang2 politik ingkar.

      Anak Muda Sundayak

  7. 7/10 berikan peluang kepada pas untuk mentadbir di sabah
    keesokan harinya……….
    PAS Dakwa Majlis Gereja-gereja Sabah Tidak Jaga Sensitiviti Muslim…
    well now you know why we nver ever want you guys to be here

    • Membaca & memehami free bosku.
      Berita yg di up up oleh inisabah.gil ni pasal cerita lama 22.12.2018.

      Inisabah pula berabis berusaha menimbulkan provokasi. Mungkin masih kecewa hilang deposit.

  8. i only got 1 thing to say to him..
    “HORMATI AGAMA ORANG LAIN KALAU MAU ORANG LAIN HORMAT AGAMA KAMU!”
    UAE has made peace with Israel,now u want to spark hatred amongst sabahan toward u?

  9. Jgn politikkan agama la ngok.. Mau bckp ttg agama, tdk pyah melalui parti politik. Jbtn agama kn ada. Baru masuk sabah suda memecahbelahkn kharmonian antara agama.. Bawa rasis kau d malaya

  10. Hello……dlm perjanjian pembentukan Malaysia 1963….tak mengatakan yg islam adalah agama rasmi di sabah…islam hanya di semananjung…. jah wahai mentri yg tak baca sejarah….di sabah…adalah bebas beragama wahai pak mentri…..jangan tunjuk kebodohan tu….baca dulu perjanjian malaysia 1963…baru cakap….

    • Hello……dlm perjanjian pembentukan Malaysia 1963….tak mengatakan yg islam adalah agama rasmi di sabah…islam hanya di semananjung…. jah wahai mentri yg tak baca sejarah….di sabah…adalah bebas beragama wahai pak mentri…..jangan tunjuk kebodohan tu….baca dulu perjanjian malaysia 1963…baru cakap….

      Pas di sabah tak boleh pakai….belum lagi berkuasa…sudah banyak memporak porandakan suku kaum di sabah….memang betul lah….dgn pendapat beberapa pihak…yg PAS hanya sesuai di semananjung…

  11. resist betul kau menteri..nda layak ada d sabah kmi x perlu manusia nda tau hormat agama lain..sebetul2 apa pun agama sy xpernah dengar seseorang di tuntut utk menghina agama lain!mana2 agama pun! heran juga kau nii x hormat lah konon apa lahh sepanjang2 hidup nii x bh kmi beperang antara agama d sabah ni dan pasal d sklh ramai yg x guru agama islam kau ckpp lah sma menteri pendidikan knpa boleh bgitu mauu juga kau kasi kait2 agama lain aiii

  12. Tolonglah PAS jangan mulakan isu agama di sabah. Sabah bebas beragama baca perjanjian sabah n malaya. Jangan buat kacau. Pas sudah diberi tempat oleh PM DAN CM di sabah jalankan tugas menurut ajaran agama islam tanpa menyentuh agama lain nanti jawatan adun PASMU tidak kekal. Kamu dilantik politik berdasarkan pilihan raya. So jangan timbul isu agama lain rakyat sabah tak suka. Saudara saudara kami yg muslim pun tak suka. Satu lagi agama kristian di sabah adalah salah satu adat kaum dusun yang tidak dapat dilihat dlm pandangan mata kasar.

  13. http://www.pmo.gov.my › MA63_SPDF
    Perjanjian Malaysia 1963

    Dalam memorandum 20 perkara, no. 1, Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

    Soalan saya, bila Islam ialah agama rasmi di Sabah?

  14. Kpd Nik mohamad zawawi, menurutnya kitab bible terpesong dan umat kristian tidak perlu tersinggung dgn kenyatan itu, well kmu itu yg terpesong, sya kira ajaran islam itu baik dan menghormati ajaran org lain, jgn disebabkan otak kmu seorang yg terpesong maka org muslim yg lain mendapat pendangan yg kurang baik dari penganut2 agama yg lain, sudah2lah mengata yg tidak baik ajaran org lain, lebih baik kmu bermunasabah dengan perangai dan kata2 kmu, guna otak dulu sebalum bicara kerana bukan kaum muslim sja yg berpijak dibumi ini, banyak lagi, termasuk berpuluh2 lagi kepercayaan seseorang, mcm kmu seorang sja yg betul semua, guna otak, , sya kira kmu juga tidak suka bila seseorang mengata2 kepercayaan kmu, makanya belajar menghormati kepercayaan org lain, ini tidak ikut sedap mulut mengata, mcm sendiri sempurna betul.

  15. Jangan disebabkan perkara ini..penyokong Perikatan nasional,BN dan PBS akan Masuk Parti Lain PRU akan dtg…RAKYAT NEGERI SABAH TOLAK RASICT…Berkerja lah utk Rakyat bukan mencari kesalahan Kaum2 atau agama2 lain

    • Inila yg berlaku kalau parti2 dri semenanjung & extremist dibawa ke Sabah.. Semua ini dibuat oleh parti dari semenanjung utk menyebabkan perpecahan. Tujuan mereka mau kita berpecah adalah utk memudahkan kita dikuasai. Spertimana kita tau, berpecah kita lemah bersatu kita kalah. Itulah sebabnya kita kena tolak parti dari semnanjung yg mau menguasai sabah & sama sekali tidak mau parti pas. Tolak! Tolak! Tolak!

  16. Kalau nak orang lain respect atau hormat pada diri kita, sepatutnya lah diri kita lebih dahulu menghormati pada orang lain. Baru lah respect namanya. Dalam hal ini tak ada hormat langsung, biadap la katakan. Perkataan yang paling tepat… RASIS

  17. baru 1 PAS saja sdh start bikin masalah , imagine kalo dah jadi KM sabah.. bah tak payah sy cakap banyak rakan rakan sabah , kita tahu apa patut kita buat juga.

  18. Selama 20 tahun saya lahir tinggal kat tenom sabah.tak tau apa itu racist sampai pukimak punya PAS datang kacau baru saya tau apa itu racist. Orang sabah manatau apa itu isu perkauman sampai kamurang mau ban christmas. Orang sabah bilang Kurang ajar.

  19. Lupuskan pas.. Pas tidak memberi imej yang baik.. Pas punca pemberontakan dalam negara…. Punca kucar kacir keagamaan dan bangsa dalam negara.. “Musuh dalam selimut”..

  20. Mesti tolak. Parti ini tidak membawa kepada kesatuan, tetapi membawa kepada perpecahan bangsa. Agama Islam & Kristian masih boleh berkembang di Sabah secara unik tanpa parti ini..

  21. Org cakap “tidak apa bh. Baru satu sj, itupun xda pegang portfolio dlm kerajaan sabah” jgn main api kawan, kecil kecil kawan, bila besar lawan

  22. Mungkin kebanyakan rakan Muslim xda faham kenapa byk tentangan terhadap parti ini di sabah. Tpi umat kristian sentiasa merasakan dlm kehidupan harian mereka sebab itu mereka menentang. Mereka merasa selalu ditindas sebagai rakyat Malaysia walaupun kebebasan beragama itu sepatutnya ada d malaysia. Rasa ditindas itu ada d mana2. Dlm kehidupan harian, dalam hak2 melakukan ibadah & mengamalkan agama sendiri malah juga dalam jawatan2 kerajaan dari peringkat bawah sehinggalah ke atas. Semua ini paling ketara di semenanjung malaysia. Kurang sedikit di sabah tapi masih berlaku dgn ketara. Jadi, klau sabah pun jadi mcm malaya, di mana lagi masyarakat mereka boleh bebas beragama. Ingat, kerajaan tidak akan berpihak kepada kristian menjadikan kristian ini vulnerable kepada hentaman agama yg lebih disokong oleh kerajaan. Cuba rakan muslim bayangkan bagaimana sekiranya rakan muslim pula yg berada dlm kehidupan mereka. Sensitivity mereka tidak dijaga, tetapi sensitivity sndiri saja yg dilihat dan diclaim jauh lebih dri agama lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Videos

Latest News

Covid-19: Indonesia Tidak Mahu Kesnya Naik Seperti Malaysia Dan India

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah...

Mositun: Walaupun Zon Merah, Papar Tetap Anjur Pesta Kaamatan

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Papar akan diteruskan, walaupun Papar merupakan sebuah zon merah Covid-19.Bercakap kepada media pada hari Rabu, Johnny Mositun yang merupakan...

Jeffrey Mahu Parti-parti Malaya Berambus Dari Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mahu parti-parti yang diasaskan di Malaya balik ke Malaya.Dalam sebuah rakaman wawancara bersama Society Empowerment and...

Dulu Dakwa Pinjaman Kepada Air Asia Bermasalah, Kini Jeffrey Lancar Air Asia Farm

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan telah semalam melancar Air Asia Farm, di samping memuji usaha Air Asia memasar produk-produk Sabah...

Kedudukan Sabah Sebagai ‘Equal Partners’ Bukan Lagi Isu, Tak Perlu Dibincang Sekarang, Kata Jeffrey

Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia bukan lagi isu dan tidak perlu dibincang sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr...

More Articles Like This